Fatwa tidak bercanggah nilai toleransi

JOHOR BAHRU 3 Feb. – Fatwa mengenai larangan ke atas orang Islam hadir ke upacara ritual perayaan penganut agama bukan Islam di negeri ini  tidak bercanggah dengan nilai toleransi, perpaduan dan persefahaman antara pelbagai kaum dan agama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menegaskan fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) semalam hanya melarang orang Islam daripada mengambil bahagian dalam ritual agama lain. “Ia adalah garis panduan untuk mereka (orang Islam). Namun orang Islam masih boleh menghadiri majlis perayaan agama lain. Penganut agama lain juga mesti menghormati sensitiviti umat Islam. Ia…

Read More

UMNO perhalusi kerusi PRN Selangor

SHAH ALAM 3 Feb. – UMNO Selangor sudah memperhalusi kerusi yang ingin ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Megat Zulkarnain Omardin. Beliau berkata, bayangan jumlah kerusi yang bakal ditandingi juga sudah dimaklumkan kepada Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Mohamad Satim Diman diminta memanggil mesyuarat Barisan Nasional (BN) bagi maklumkan kerusi yang sudah perhalusi dan dipersetujui oleh UMNO untuk diputuskan di peringkat BN. Bercakap kepada pemberita pada sidang media di Bangunan UMNO Selangor, di sini hari…

Read More

BERSIH syor iktiraf Kabinet bayangan PN

KUALA LUMPUR 3 Feb. –  Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menggariskan lima syor kepada Kerajaan Perpaduan sebagai mengiktiraf pembentukan Kabinet bayangan oleh pakatan pembangkang, Perikatan Nasional (PN). Syor berkenaan perlu diterima positif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seiring dengan slogan Malaysia Madani di samping mengukuhkan kestabilan politik dan menghapuskan kebimbangan berlaku Langkah Sheraton 2.0 BERSIH dalam satu kenyataan hari ini berkata, lima syor yang dicadangkan adalah 1. Majlis angkat sumpah untuk menteri-menteri bayangan di Istana Negara sebagai Pembangkang Setia Yang di-Pertuan Agong. 2. Elaun kepada menteri bayangan…

Read More

Anwar singgah makan rojak

PORT DICKSON 3 Feb.- Masjid Kariah Bagan Pinang di Batu 3 3/4, Jalan Pantai, di sini, menjadi pilihan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk solat Jumaat minggu ini. Seperti biasa juga setiap Jumaat, beliau turun bertemu rakyat di warung-warung dan hari ini beliau makan tengah hari di kedai Pak Salleh, Bagan Pinang. Di Kedai Makanan dan Minuman Salleh Bin Abdullah itu, Anwar mengambil kesempatan melepaskan ‘rindu’ makan rojak. “Saya rindukan rojak di kedai ini kerana pernah makan dulu dan pastinya saya tidak lupakannya,” katanya ketika ditemui. Perdana Menteri berkata,…

Read More

Exco Johor tawar diri Naib Ketua Pemuda

SEPANG 4 Feb. –  Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah, menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti itu bulan depan. Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas bermesyuawarah dengan 26 Ketua Pemuda Bahagian di negeri itu serta mendapat restu keluarga, pucuk pimpinan parti di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat, baru-baru ini. “Dengan ini, saya secara rasmi menawarkan diri sebagai calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagi penggal 2023 hingga selesai Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16),” katanya. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan,…

Read More

Ketua Pejuang Terengganu letak jawatan

KUALA TERENGGANU 3 Feb. – Bekas calon Parlimen Besut, Wan Nazari Wan Jusoh, mengumumkan meletak jawatan sebagai Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang ) negeri, berkuat kuasa hari ini. Beliau mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pejuang negeri kepada Presiden Parti, Mukhriz Mahathir, pertengahan bulan lalu. Menurut laporan BH, peletakan jawatan itu tiada kaitan dengan kegagalan parti diasaskan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu. “Saya meletakkan jawatan disebabkan menghadapi masalah kesihatan selain memberi peluang kepada pemimpin lain menerajui parti…

Read More

Pilih PH bagi ‘lindungi’ rakan-rakan UMNO

SHAH ALAM: Pilih Pakatan Harapan (PH) bukan untuk menjadi ketua sebaliknya bagi memastikan rakan-rakannya di dalam UMNO selamat (tidak dipecat). Begitu penjelasan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO,  Zahidi Zainul Abidin yang dipecat kerana menentang calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) November lalu. Beliau mahu meneruskan wadah perjuangan yang dimulakan sejak 40 tahun lalu melalui PH dan selepas dipecat, beliau tidak mahu bermusuh sebaliknya masih mahu bersahabat dengan ahli-ahli UMNO yang lain. “Saya nak mencari yang tiada masalah, contohnya kalau saya masuk PN (Perikatan Nasional) kalau orang…

Read More

324 kes baharu Covid-19 dalam negara

PUTRAJAYA 3 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini semalam mencatatkan 324 kes termasuk empat kes import berbanding 325 yang dilaporkan kelmarin  menjadikan jumlah keseluruhan 5,037,242. Menurut data portal KKMNow,  setakat semalam jumlah keseluruhan kes tempatan adalah 4,998,620 manakala kes import pula 38,622. Tiada kematian baharu dilaporkan semalam menjadikan jumlah yang meninggal akibat Covid-19 kekal 36,942 orang termasuk 7,870 kes meninggal dunia di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam (Khamis) meningkat kepada 10,073 iaitu pertambahan 176 kes berbanding kelmarin dan…

Read More