MAIWP rai 100 pasangan pengantin di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bercadang meraikan 500 pasangan pengantin dalam kalangan asnaf, miskin dan mualaf sepanjang tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata, melalui skim bantuan perkahwinan itu, MAIWP bukan sahaja akan memberi bantuan kewangan tetapi juga mengadakan kursus tatacara perkahwinan. Di samping itu MAIWP turut mempertimbangkan untuk menyemak bantuan bulanan termasuk bagi skim bantuan perkahwinan mengambil kira keadaan inflasi dan kos semasa yang meningkat. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Walimatul Urus Perdana…

Read More

Sembrong tuntut penjelasan MKT UMNO

SEMBRONG 29 Jan. – UMNO Bahagian Sembrong meminta penjelasan mengenai sebab penggantungan keahlian ke atas Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta menuntut semakan hukuman dan proses sewajarnya dilakukan. Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Abd Ghani Abd Rashid, berkata hukuman yang diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) amat berat tanpa proses sewajarnya termasuk tiada surat tunjuk sebab dan pendengaran Lembaga Disiplin. Justeru , kepemimpinan UMNO Sembrong berharap semakan dapat dilakukan terhadap hukuman ke atas Ketua UMNO bahagian itu. “Mulakan dengan tatacara yang betul, panggil (bela diri), ini proses kena ikut supaya apa yang…

Read More

Ahli UMNO dipecat, digantung dipelawa sertai PUTRA

KUALA LUMPUR 29 Jan. –  Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) mempelawa semua ahli UMNO yang dipecat atau digantung baru-baru ini menyertai parti itu bagi meneruskan kesinambungan perjuangan nasionalisma Melayu-Islam. Presiden PUTRA, Dr Ibrahim Ali berkata, PUTRA juga terbuka kepada anggota parti lain yang kecewa serta mereka yang belum atau tidak berparti. “PUTRA membuka pintu seluas luasnya kepada anda semua, kerana kami berlapang dada dan menerima sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menyertai parti ini asalkan orang Melayu, Pribumi dan beragama Islam,” katanya. Malahan kepemimpinan PUTRA sekarang bersedia memberi laluan kepada muka-muka…

Read More

Hajiji bakal ketuai Gagasan Rakyat

KOTA KINABALU 29 Jan. – Selepas meninggalkan Bersatu, sebelum itu UMNO, kini Ketua Menteri,  Hajiji Noor bakal mengetuai sebuah parti politik yang diberi nafas baharu iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah atau singkatannya Gagasan Rakyat. Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, parti tempatan berkenaan bakal dilancarkan dalam masa terdekat, tetapi tidak menyatakan maklumat lebih terperinci mengenainya. “Kita akan menggunakan parti ini sebagai platform untuk meneruskan perjuangan sebagai sebuah parti tempatan dan bernaung di bawah GRS,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Mahasiswa GRS dan Pelancaran Sayap Pelajar GRS, di…

Read More

UMNO perlu reformasi pulih keyakinan

GUA MUSANG: Bagi meraih semula keyakinan rakyat selepas kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), UMNO perlu menjalani reformasi bagi mengubah imej parti, kata veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkata UMNO perlu mengubah imej parti dengan mengambil kira pelbagai perkara yang tidak baik berlaku dalam parti itu yang mencerminkan suasana yang tidak manis di mata umum. “Kita kena bangkit sebagai sebuah parti yang kuat. Tidak menumpang orang untuk mendapat sedikit sebanyak pengaruh ataupun kuasa. Kita parti yang mewakili majoriti rakyat Malaysia sebagai parti orang Melayu. “Takkanlah kita berharap…

Read More

258 kes baharu Covid-19 di Malaysia

PUTRAJAYA 29 Jan. – Jumlah jangkitan harian Covid-19 di negara ini meningkat sedikit semalam dengan merekodkan 258 termasuk dua kes import berbanding 236 kes kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 5,035,871. Menurut data portal KKMNow,  setakat semalam jumlah kes tempatan adalah 4,997,262 manakala kes import pula 38,609. Terdapat dua kematian dilaporkan termasuk satu kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan jumlah keseluruhan 36,940 orang telah meninggal dunia termasuk 7,870 kes BID. Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Sabtu  juga turun kepada 9,496 berbanding 9,549 kelmarin dan daripada jumlah itu,…

Read More