258 kes baharu Covid-19 di Malaysia

PUTRAJAYA 29 Jan. – Jumlah jangkitan harian Covid-19 di negara ini meningkat sedikit semalam dengan merekodkan 258 termasuk dua kes import berbanding 236 kes kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 5,035,871.

Menurut data portal KKMNow,  setakat semalam jumlah kes tempatan adalah 4,997,262 manakala kes import pula 38,609.

Terdapat dua kematian dilaporkan termasuk satu kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan jumlah keseluruhan 36,940 orang telah meninggal dunia termasuk 7,870 kes BID.

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Sabtu  juga turun kepada 9,496 berbanding 9,549 kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,109 kes atau 95.9 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 370 pesakit mendapat rawatan di hospital di mana 17 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 14 pesakit pula memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 309  kes sembuh menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 4,989,435 orang.

Related posts

Leave a Comment