Pemilihan ahli MKT UMNO 18 Mac

KUALA LUMPUR :  Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi memutuskan persidangan tahunan cawangan akan berlangsung pada Februari manakala peringkat bahagian pada Mac.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, kedua-dua peringkat persidangan itu melibatkan pemilihan.

“Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Cawangan ialah pada 1 Februari (Rabu) hingga 26 Februari 2023 (Ahad) iaitu selama 26 hari.

“Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan EXCO Wanita, EXCO Pergerakan Pemuda dan EXCO Pergerakan Puteri UMNO Pusat akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac 2023 (Sabtu),” katanya.

Katanya , mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac 2023.

Beliau juga memaklumkan bekas Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Ab Samad telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023 (JPU 2023) dan veteran UMNO Datuk Mustapha Yaakub sebagai Setiausaha JPU 2023.

“Tarikh pendaftaran bagi calon-calon untuk pertandingan di Bahagian dan Pusat bermula pada 13 Februari 2023 dan ditutup pada 26 Februari 2023 jam 5.00 petang. Kenyataan terperinci mengenai hal ini akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Related posts

Leave a Comment