Sah Noh, KJ dipecat, Hishammuddin, Shahril digantung

 

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini mengesahkan pemecatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan dalam kenyataannya berkata, mereka yang digantung enam tahun adalah Ketua UMNO bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan.

Turut digantung keahlian selama enam tahun, adalah Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan bekas ahli Parlimen Jempol Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif.

Sementara itu Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad, digugurkan daripada jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor.

Sumber parti itu memaklumkan, tempat beliau akan diambil alih Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam ini.

Hasni menerajui UMNO Johor sejak 2018 dan pada 28 Februari 2020, beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-18 menggantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Related posts

Leave a Comment