KJ tidak tunduk dengan pemecatan

 

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang dipecat daripada parti berkata, beliau tidak kecewa atau tunduk dengan pemecatannya sebagai ahli UMNO, malam tadi.

Menerusi kenyataan ringkas di Twitter, bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau juga tidak terkesan dengan keputusan itu.

“Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan.
“‘Unbowed, unbent, unbroken’,” katanya di sini.

Khairy adalah antara yang dipecat malam ini selain bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar atas pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihanraya Umum Ke-15.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan memberitahu, ahli UMNO yang digantung hak-haknya dalam parti selama enam tahun ialah Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Turut dikenakan hukuman yang sama adalah Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan bekas Ketua Penerangan Shahril Sufian Hamdan.

Turut dipecat adalah lima orang ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan orang ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua orang ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 orang ahli UMNO dari negeri Pahang.

“Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU-15,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin diumumkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor yang baharu.

Beliau menggantikan Ahli Parlimen Simpang Renggam Datuk Seri Hasni Mohamad,

Related posts

Leave a Comment