Hampir semua calon menang kerana rasuah?

SEPANG 25 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan paling korup dalam sejarah dan hampir semua calon yang menang pula adalah kerana menawarkan rasuah. Menurut Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu, rasuah diberikan secara terbuka dan ramai yang menerimanya sebelum mereka mengundi kerana terdapat bukti lain mengenainya semasa pilihan raya yang berlaku tanpa halangan. Beliau mendakwa seorang calon tunggal membelanjakan sebanyak RM25 juta dan setiap parti mungkin membelanjakan RM100 juta ketika PRU15, malahan ada yang berkata lebih tetapi persoalannya dari mana wang…

Read More

PM gembira kerjasama erat Malaysia, Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN 25 Jan. – Malaysia akan terus memberi komitmen untuk memelihara kerjasama dengan Brunei Darussalam di samping meneroka kerjasama strategik baharu, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau gembira melihat persefahaman dan kerjasama erat yang terjalin untuk kesekian lamanya antara kedua-dua negara yang membawa manfaat begitu besar, termasuk semasa dunia dilanda pandemik Covid-19. Justeru beliau amat mengalu-alukan hasrat dan tawaran daripada Brunei untuk melabur di dalam pelbagai sektor ekonomi berpotensi tinggi di Malaysia, termasuk oleh Brunei Investment Agency (BIA). Pada masa yang sama, Perdana Menteri, berharap Rundingan Tahunan Pemimpin…

Read More

Bekalan ayam, telur dalam pemulihan

ALOR SETAR 25 Jan. – Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan ayam dan telur tempatan kini dalam proses pemulihan secara berperingkat, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu. Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan tarikh bila keadaan itu akan pulih sebaliknya usaha sedang dilakukan. “(Bekalan) ayam dan telur sedang pulih, dia masalah benda hidup ini kita tak boleh letak tarikh (bila akan selesai), namun kita sedang berusaha. “(Contoh) jalan raya, kita boleh cakap jalan ini siap pada Julai, tetapi hal makanan ini kita jamin ia ada (di pasaran) dan harganya ikut…

Read More

Kaji Islam secara waras elak Islamfobia

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Kajian secara berilmu dan beradab dengan menggunakan akal yang sihat dan waras mengenai Islam perlu dilakukan supaya tidak timbul Islamofobia dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang berkata, pihak terbabit perlu melakukan perbandingan antara Islam dengan agama dan teori yang lain, secara jujur melalui sumber yang asli, bagi mencari kebenaran tanpa bersikap fanatik. Katanya, sebarang perubahan daripada undang-undang fitrah (naluri) manusia, pasti menyebabkan berlakunya kepincangan yang akan membawa kemusnahan disebabkan oleh tangan manusia sendiri. “Janganlah cuba menyalahkan Islam, sebaliknya salahkan diri sendiri…

Read More

Sultan Brunei terima menghadap Anwar

BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Brunei, di Istana Nurul Iman di sini hari ini. Turut berangkat pada majlis menghadap itu ialah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha manakala Anwar diiringi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Hadir sama, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed…

Read More

Bersama banteras produk jejas kesihatan

PUTRAJAYA 25 Jan. – Pelbagai kementerian perlu bekerjasama bagi mencari penyelesaian penjualan produk yang boleh membahayakan kesihatan generasi muda seperti vape menyerupai permainan kanak-kanak atau ‘Tiger Pod’ yang kini semakin berleluasa. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, kerjasama itu termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi penguatkuasaan lain. Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius isu penjualan produk rokok elektronik atau vape di hadapan sebuah sekolah yang tular baru-baru ini kerana produk itu direka sehingga menarik perhatian kanak-kanak dan remaja. “Apa yang lebih…

Read More

101 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 25 Jan. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 semalam terus menunjukkan penurunan dengan merekodkan 101 kes termasuk satu kes import berbanding 142 yang direkodkan kelmarin. Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 5,035,073 iaitu 4,996,472 kes tempatan dan 38,601 kes import. Pada masa yang sama, untuk hari ketiga berturut-turut tiada kematian baharu direkodkan dan ini bermakna jumlah kematian kekal 36,932 termasuk 7,866 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Selasa turun…

Read More

Hipkins rasmi PM New Zealand ke-14

WELLINGTON: Chris Hipkins secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri baharu New Zealand menggantikan Jacinda Ardern selepas pelantikannya disahkan oleh wakil Raja Charles III di New Zealand, Gabenor Jeneral Cindy Kiro. Hipkins, 44 mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-41 New Zealand pada pukul 11.23 pagi ini (waktu tempatan) sejurus selepas Jacinda Ardern, 42, menyerahkan warkah peletakan jawatannya kepada Kiro. Timbalan Perdana Menteri pula disandang Carmel Sepuloni yang turut mengangkat sumpah jawatan pada Rabu. Hipkins yang juga bekas Menteri Tindak Balas Covid-19 dan Menteri Polis kemudiannya mengadakan pertemuan pertamanya dengan Menteri…

Read More