KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 meluluskan usul dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan dilihat suatu pendirian yang membimbangkan. Katanya, ia juga dibimbangi boleh memberi kesan terhadap usaha untuk memulihkan keyakinan generasi muda serta orang Melayu terhadap parti. Mengikut Perlembagaan berkaitan memilih jawatan, ia hendaklah dibuat secara pemilihan tiga tahun sekali atau pun penangguhan seterusnya yang dilaksana di peringkat bahagian. “Itu dalam Perlembagaan (yang mana) apabila disebut pemilihan hendaklah dipilih. (Maknanya) jawatan seperti pengerusi tetap, presiden, timbalan presiden, naib-naib…
Read MoreDay: January 14, 2023
Lebih 90 % sokong tiada pertandingan dua jawatan
KUALA LUMPUR 14 Jan. – Berdasarkan jumlah yang berdiri dan mengangkat tangan, lebih 90 peratus perwakilan UMNO menyokong usul tambahan supaya tiada pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden dalam pemilihan parti akan datang. Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, berkata Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin telah meminta perwakilan yang menyokong berdiri dan mengangkat tangan. Ketika proses undian berjalan, katanya, lebih 90 peratus perwakilan berdiri dan mengangkat tangan sebagai tanda menyokong usul supaya dua jawatan tertinggi UMNO itu tidak dipertandingkan dan hanya sebilangan kecil yang tidak…
Read MorePresiden, Timbalan Presiden UMNO tidak dicabar
KUALA LUMPUR 14 Jan. – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan, tidak akan dicabar pada pemilihan parti itu selepas Perhimpunan Agung UMNO hari ini, meluluskan usul tambahan supaya kedua-dua jawatan terbabit tidak dipertandingkan. Keputusan itu diumumkan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruddin, sebelum sesi penggulungan perbahasan dimulakan. Usul tambahan tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden diluluskan melalui undian kiraan tangan dan perwakilan yang berdiri sebagai menyatakan sokongan pada pukul 4.55 petang, hari ini. Usul itu diluluskan selaras dengan Fasal…
Read MorePemilihan: Sampai bila tunggang alasan perpaduan?
KUALA LUMPUR 14 Jan. – Usul tambahan dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan yang dicadangkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) semalam, didakwa tidak sempurna dan tidak boleh diteruskan hari ini. Jurucakap UMNO Johor yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad, menegaskan usul tambahan itu bertentangan dengan Fasal 30 Perlembagaan UMNO dan Perkara 10 Peraturan Persidangan. Tegasnya, usul itu sepatutnya dibawa secara berasingan, bukan secara serentak dengan usul Ucapan Dasar Presiden. “Macam mana usul tambahan ini boleh diterima dan dibahaskan. Mungkin UMNO sekarang dah jadi parti…
Read MoreWP tolak usul jawatan tidak dipertandingkan
KUALA LUMPUR 14 Jan. – UMNO Wilayah Persekutuan menolak usul tambahan yang dikemukakan perwakilan ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 semalam supaya dua jawatan utama tidak dipertandingkan pada pemilihan parti itu kali ini. Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Zainal Abidin Mohd Rafique, berkata UMNO perlu menyedari sentimen terhadap isu ini boleh mempengaruhi sentimen sokongan pengundi Melayu terhadap UMNO. “Isu ini jika tidak diberikan perhatian yang serius mungkin memberi kesan bukan sahaja kepada parti, malah kepada 60 peratus pengundi Melayu di luar sana yang sedang memerhati gelagat kita. “Sekiranya jawatan ini…
Read More‘Jual beli, tawar menawar’ dalam isu pemilihan
JIKA sudah ada yang sedia ‘menjual’ dan ada pula yang sedia membeli, maka langsungkan saja ‘jual beli’ itu. Jika masing-masing sudah tahu untung rugi, buat apa lagi mahu tawar menawar? Soal sama ada untung atau rugi perkara kedua yang bergantung kepada yang menjual dan membeli. Masing-masing ada kebijaksanaan. Begitu jugalah ‘pertikaian’ berkaitan pertandingan bagi pemilihan kepemimpinan UMNO yang perlu diadakan menjelang pertengahan tahun ini. Fokus jawatan yang menjadi tumpuan adalah Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. Ada yang mahu gelanggang pemilihan dibuka untuk semua jawatan dan ada pula yang mahu mengecualikan…
Read More