Covid-19: 367 kes tempatan, dua import

PUTRAJAYA 12 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini turun lagi kepada 367 termasuk dua kes import semalam berbanding 380 termasuk 11 kes import yang dilaporkan kelmarin.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 5,031,443 iaitu 4,992,867 kes tempatan dan 38,576 kes import.

Menurut portal KKMNOW sembilan kematian akibat Covid-19 direkodkan termasuk satu kes kematian luar hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 36,901 termasuk 7,859 kes BID.

Sementara itu, kes aktif pula turun sedikit berbanding semalam kepada 11,372, di mana 10,846 atau 95.4 peratus menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit

dan daripada jumlah itu sebanyak 10,844 kes atau 95 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah ditempatkan di pusat kuarantin PKRC, manakala 502 pesakit atau 4.4 peratus mendapatkan rawatan di hospital.

Daripada jumlah itu, 24 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 12 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 398 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,983,170 orang.

Related posts

Leave a Comment