Asyraf Wajdi tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini mengumumkan keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandang mulai 2018 itu pada pemilihan UMNO akan datang. Beliau dalam ucapan penggulungan pada Persidangan Pergerakan Pemuda pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 petang ini berkata, langkah tersebut bagi memberi laluan kepada muka baharu menerajui sayap parti itu. Jelas beliau, kepemimpinan  baharu perlu diberi peluang untuk memastikan Pemuda UMNO bangkit semula dan bergerak lebih kuat bagi mengukuhkan parti Melayu itu “Sebenarnya saya boleh menyatakan secara berterus-terang, saya mengambil tanggungjawab, saya…

Read More

Tindakan Hajiji belakangi saranan PM

KOTA KINABALU 12 Jan. – Tindakan Ketua Menteri Sabah,  Hajiji Noor, meneruskan majlis angkat sumpah Kabinet baharu negeri semalam, tidak menggambarkan kerangka Kerajaan Perpaduan. Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal, berkata tindakan Hajiji itu turut membelakangi saranan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dan melanggar persetujuan serta kesepakatan yang dicapai. Mohd Shafie berkata, Warisan menyokong penuh saranan dikemukakan Anwar dalam pertemuannya dengan Hajiji baru-baru ini, supaya sebuah Kerajaan Perpaduan dibentuk di Sabah. “Saranan itu turut dipersetujui dan disokong UMNO serta Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang menghadiri pertemuan itu. “Penubuhan secepat mungkin sebuah…

Read More

Lembaga Disiplin BN pantau 10 Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR 12 Jan. –  Lembaga Disiplin Barisan Nasional (BN) akan memantau 10 Ahli Parlimen daripada gabungan itu yang menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pemantauan itu bertujuan untuk mengenal pastri sekiranya kumpulan 10 Ahli Parlimen terbabit terus menggerakkan langkah untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan. Beliau juga sudah memaafkan mereka kerana perkara itu telah berlalu dan mereka bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan, percaya tindakan 10 Ahli Parlimen terbabit disebabkan situasi politik ketika itu…

Read More

Apabila Tok Mat tanya, Tok Mat jawab

TOK Mat tanya, Tok Mat jawab. Itu rumusan kepada ucapan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan semasa merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Merdeka, WTC malam tadi. Soalan Tok Mat: Bagaimanakah masa depan UMNO, dalam segala perkembangan mutakhir ini? Tok Mat jawab : Sejujurnya, saya tiada jawapan. Semuanya adalah sangat subjektif. Tok Mat membuat kesimpulan bahawa UMNO hanya ada satu pilihan, iaitu membangunkan semula keyakinan orang Melayu terhadapnya dan menjadi wadah gerakan politik, amal dan bakti untuk bangsa Melayu. Begitulah UMNO pada masa kini, selepas Pilihan Raya Umum…

Read More

Singkir saki baki ‘gunting dalam lipatan’

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Pemuda UMNO mendesak supaya pemimpin yang melakukan khianat termasuk mencerca pucuk kepemimpinan supaya disingkirkan segera daripada parti, kata Ketua Pemudanya, Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau yang menyifatkan pemimpin sedemikian ibarat ‘api dalam sekam’ dan ‘gunting dalam lipatan’, selama ini menjadi barah yang merosakkan seluruh organ dan jasad parti. Katanya, pemimpin sedemikian, hanya mengutamakan diri sendiri walaupun diberi peluang berkali-kali untuk menjadi calon mewakili parti ketika pilihan raya. “Justeru Pemuda UMNO mendesak saki-baki pengkhianat parti yang selama ini menjadi ‘api dalam sekam’, ‘gunting dalam lipatan’ dan…

Read More

Covid-19: 367 kes tempatan, dua import

PUTRAJAYA 12 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini turun lagi kepada 367 termasuk dua kes import semalam berbanding 380 termasuk 11 kes import yang dilaporkan kelmarin. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 5,031,443 iaitu 4,992,867 kes tempatan dan 38,576 kes import. Menurut portal KKMNOW sembilan kematian akibat Covid-19 direkodkan termasuk satu kes kematian luar hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 36,901 termasuk 7,859 kes BID. Sementara itu, kes aktif pula turun sedikit berbanding semalam kepada 11,372, di mana 10,846 atau 95.4 peratus…

Read More

Jangan matikan demokrasi UMNO – KJ

KUALA LUMPUR 12 Jan. –  Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajar dipertandingkan bagi memastikan amalan demokrasi dalam parti tidak terkubur, kata bekas  Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Malahan katanya, jawatan tertinggi itu perlu dipertandingkan memandangkan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi adalah seorang pejuang yang tidak gentar menghadapi pencabar. “Hentikan kegilaan ini. Saya rasa Presiden seorang fighter yang tidak gentar menghadapi pencabar. Buka ruang pertandingan. Jangan matikan demokrasi dalam UMNO,” jelasnya dalam muat naik di Instagram Story hari ini. Khairy memuat naik kenyataan itu bersama gambar grafik berkaitan…

Read More