PN jangan pandang remeh peranan RoS

SEPANG 24 Sept. – Bersatu menasihatkan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak memandang remeh atau menafikan peranan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dengan melemparkan tohmahan jahat tidak berasas untuk meraih simpati politik serta menutup kegagalan kepemimpinan sedia ada gabungan itu. Setiausaha Agung Bersatu,  Mohamed Azmin Ali, berkata ini kerana RoS sudah berulang kali memberi peringatan secara bertulis kepada PN supaya menjalankan segala aktiviti pertubuhan selaras Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] dan Perlembagaan gabungan politik berkenaan. Beliau menarik perhatian mengenai aduan bertulis Bersatu ada 11 Ogos lalu kepada RoS berkenaan pelanggaran perlembagaan PN…

Read More

Aminuddin minta MB nyatakan fakta

SEPANG 25 Sept. – Aminuddin Harun mempersoalkan kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim semalam yang cuba mengaitkan kemelut adat dan institusi istana Negeri Sembilan dengan kerajaan terdahulu. Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu turut meminta supaya Ismail menjelaskan dakwaan terbabit kerana rakyat berhak tahu kesalahan yang dimaksudkan. Tegasnya, apabila kerajaan terdahulu dituduh menjadi punca kemelut berkenaan, rakyat berhak mengetahui dengan tepat apakah kesalahan yang dimaksudkan. “Apakah tindakan yang dikatakan gagal saya lakukan? Apakah peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 yang dikatakan telah dilanggar dan bilakah pelanggaran itu dikatakan…

Read More

Rais Yatim dituduh menghasut

MELAKA 25 Sept.  – Bekas Speaker Dewan Negara Dr Rais Yatim, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan mengikut Akta Hasutan berkait krisis adat Negeri Sembilan. Rais, 84 dituduh di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin, menyebut perkataan menghasut di Parkroyal A’ Farmosa Melaka Resort, Jalan Kemus, Simpang Ampat, Alor Gajah pada 5 Jun lalu, kira-kira jam 1 tengah hari. Bekas Ahli Parlimen Jelebu itu didapati telah menyebut perkataan menghasut iaitu: “Mendoakan selamat kepada Tunku Nadzaruddin sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri…

Read More

Dasar Israel ancam kehidupan Palestin

NEW YORK – Presiden Palestin Mahmoud Abbas menegaskan dasar Israel kini bukan sahaja menjejaskan penyelesaian dua negara, malah mengancam ‘kehidupan dan kewujudan’ rakyat Palestin. Katanya, dasar itu kini mengancam kehidupan dan kewujudan rakyat Palestin di tanah air mereka. “Apa yang berlaku di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur bukan kejadian terpencil, sebaliknya satu rancangan penjajahan berniat jahat untuk menyukarkan kehidupan rakyat Palestin di tanah air mereka dan memaksa mereka meninggalkannya,” katanya. Beliau turut mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menafikan visa kepadanya bagi menghadiri mesyuarat tahunan peringkat tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa…

Read More

Gesaan keluar ICC tidak ada sambutan

NEW YORK – Hanya Naoero, sebuah negara kepulauan kecil di Pasifik yang dahulunya dikenali sebagai Nauru, menyahut gesaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk keluar daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Trump yang menyifatkan ICC sebagai ‘jahat’ dan ‘institusi tidak terkawal’ membuat gesaan itu pada Selasa melonjakkan kempen AS yang semakin hebat terhadap mahkamah beribu pejabat di The Hague itu. Menurut Washington, ia melampaui hadnya dengan menuntut bidang kuasa terhadap rakyat negara, termasuk AS dan Israel, yang tidak meratifikasi perjanjian penubuhannya dikenali sebagai Statut Rom. Sebanyak 125 negara menjadi pihak…

Read More