PM saksi perjanjian kerjasama di Indonesia

JAKARTA 9 Jan. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyaksikan majlis penyerahan 11 Surat Hasrat (LoI) membabitkan penyertaan 10 syarikat Malaysia dalam pembangunan Nusantara, ibu kota baharu Indonesia di Kalimantan Timur. Surat Hasrat itu diserahkan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku  Zafrul Tengku Abdul Aziz. Di samping itu, sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, ke Indonesia, sembilan perjanjian persefahaman dan kerjasama dimeterai merangkumi pelbagai aspek perniagaan dengan potensi nilai RM1.66 bilion. Sembilan perjanjian kerjasama itu adalah termasuk membabitkan kerjasama antara ASIC Offshore & Marine Sdn Bhd serta PT Dok dan Perkapalan…

Read More

BN Sabah tidak hormat perjanjian bentuk kerajaan

KOTA KINABALU 8 Jan. –  Barisan Nasional (BN) didakwa tidak menghormati penjanjian yang dipersetujui antara BN Sabah dan Perikatan Nasional (PN) ketika membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16) pada September 2020. Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainuddin, berkata perjanjian itu berkaitan pelantikan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor dan semua portfolio dalam Kabinet negeri antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN dan BN. “Apabila Hajiji dilantik sebagai Ketua Menteri, ada perjanjian di antara BN dan PN ketika itu. Hajiji dipilih dengan sokongan Bersatu dan semua menyokong. Beberapa portfolio juga…

Read More

Hajiji dakwa dapat sokongan 44 ADUN Sabah

KOTA KINABALU 8 Jan. – Ketua Menteri,  Hajiji Noor, mendakwa mempunyai sokongan majoriti membabitkan seramai 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk membolehkan beliau terus mentadbir Sabah. Jumlah itu merangkumi 29 ADUN Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tujuh daripada Pakatan Harapan (PH) Sabah, lima ADUN UMNO dan masing-masing seorang ADUN Dilantik mewakili Pas,  Bebas dan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS). Hajiji yang juga Pengerusi GRS mendakwa dengan bilangan sokongan itu, kerajaan sedia ada bawah pimpinannya masih kukuh untuk terus mentadbir negeri ini. “Kita mempunyai sokongan majoriti dengan seramai 44 ADUN di…

Read More

Pegawai fasih Mandarin sambut pelancong China

PUTRAJAYA 8 Jan. – Malaysia mengalu-ngalukan kemasukan pelancong dari China dengan menyediakan laluan mudah dan menempatkan pegawai-pegawai yang fasih berbahasa Mandarin di semua lapangan terbang antarabangsa di seluruh negara. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)  Tiong King Sing berkata, langkah itu adalah bagi membantu kelancaran di pintu sempadan, khususnya melibatkan pengembara dari China. Usaha ini akan diselaraskan bersama pihak pengurusan lapangan terbang berkenaan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi memastikan ketersediaan di pintu sempadan, sekali gus melancarkan proses kemasukan pengembara dari China. Beliau berkata, langkah itu diambil setelah mengambil kira sejumlah…

Read More

China buka sempadan selepas tutup 3 tahun

BEIJING: China membuka semula pintu sempadannya bermula hari ini yang membolehkan rakyat negara itu melancong dan ke luar negara selepas  hampir tiga tahun penutupannya berikutan penularan pandemik Covid-19  pada 2020. Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China pada 26 Disember lalu, mengumumkan tahap Covid-19 diturunkan daripada Kelas A kepada Kelas B, ditukar daripada ‘pneumonia novel coronavirus’ kepada ‘novel coronavirus infection’. Kerajaan juga menamatkan syarat kuarantin kepada pelawat luar bermula hari ini, yang sudah berkuat kuasa selama hampir tiga tahun, walaupun negara itu sedang bergelut dengan lonjakan kes Covid-19. Sejak bulan lalu, Beijing mula…

Read More

Safa: Bung Moktar letak jawatan

KOTA KINABALU 8 Jan. – Ahli Parlimen Kinabatangan,  Bung Moktar Radin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) berkuat kuasa serta merta selepas memimpin badan induk itu sejak Jun 2021. Bung  berkata, peletakan jawatan itu dibuat atas kerelaan dirinya selain mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya politik. Timbalan Ketua Menteri itu berkata, surat peletakan jawatan secara rasmi akan dihantar kepada Setiausaha Agung Safa dalam tempoh terdekat untuk dimuktamadkan. Pada Disember 2020 ahli majlis tertinggi Safa sebulat suara melantik Bung Moktar sebagai pemangku Prsiden Safa dan disahkan sebagai…

Read More

Kes harian Covid-19 catat peningkatan

PUTRAJAYA 8 Jan. – Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini mencatatkan sedikit peningkatan dengan merekodkan 571 kes termasuk empat kes import berbanding 543 yang dilaporkan kelmarin. Data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang KKMNOW menunjukkan, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 5,029,908 iaitu 4,991,355 kes tempatan dan 38,553 kes import. Setakat tengah malam tadi, terdapat empat kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu di Kedah, Perak, Sabah dan Selangor dengan jumlah keseluruhan  36,874 meninggal dunia termasuk 7,857 kematian luar hospital (BID). Kes aktif pula bertambah 16 kes dengan 11,431 berbanding 11,415…

Read More