Kes harian Covid-19 catat peningkatan

PUTRAJAYA 8 Jan. – Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini mencatatkan sedikit peningkatan dengan merekodkan 571 kes termasuk empat kes import berbanding 543 yang dilaporkan kelmarin.

Data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang KKMNOW menunjukkan, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 5,029,908 iaitu 4,991,355 kes tempatan dan 38,553 kes import.

Setakat tengah malam tadi, terdapat empat kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu di Kedah, Perak, Sabah dan Selangor dengan jumlah keseluruhan  36,874 meninggal dunia termasuk 7,857 kematian luar hospital (BID).

Kes aktif pula bertambah 16 kes dengan 11,431 berbanding 11,415 kelmarin di mana 10,812 menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit di pusat kuarantin (PKRC).

Sebanyak 585 pesakit atau 5.1 peratus menerima rawatan di hospital dan daripada jumlah itu, 34 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 15 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Menurut KKMNOW lagi, kadar penggunaan fasiliti kesihatan adalah katil ICU berada pada paras 66.3 peratus, katil hospital 72.9 peratus dan alat bantuan pernafasan 40.1 peratus.

Sebanyak 551 kes pula dilaporkan sudah sembuh menjadikan jumlah keseluruhan individu pulih daripada jangkitan berkenaan adalah 4,981,603 orang.

Related posts

Leave a Comment