Tajuddin kekal digantung keahlian 3 tahun

KUALA LUMPUR: Penggantungan keahlian UMNO terhadap bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa hari ini selepas  Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan menolak rayuan permohonannya.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, keputusan tersebut dicapai selepas MKT berpandangan bahawa bekas Ahli MKT itu melanggar disiplin yang terkandung dalam Perlembagaan UMNO

“Tajuddin sebelum ini telah digantung, dan rayuan beliau telah ditolak. Pergantungan beliau berkuat kuasa hari ini,” katanya kepada pemberita di lobi Menara Dato’ Onn di sini.

Sebelum ini, ahli MKT UMNO Puad Zarkashi mengesahkan Tajuddin digantung keahlian selama enam tahun bersama Ketua UMNO Alor Setar Mohd Yusof Ismail.

Kedua-dua mereka dipercayai digantung kerana seringkali mengadakan kritikan terbuka terhadap kepemimpinan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu, MKT turut memutuskan bahawa UMNO bahagian Arau turut digantung dan UMNO akan melantik ketua pentadbir Arau yang baharu dalam masa terdekat.

“Kita akan lantik akan ketua pentadbir secepat mungkin.

“Dalam bahagian Arau itu kita akan lantik ketua pentadbir dan mereka akan hadir sebagai pemerhati (pada Perhimpunan Agung UMNO 2022),” katanya.

Related posts

Leave a Comment