BN Sabah tarik balik sokongan kepada Hajiji

KOTA KINABALU 6 Jan. – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah hari ini mengumumkan menarik balik sokongan dan mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri. Dengan pengumuman itu, BN malam ini secara rasmi menamatkan kerjasama atau persefahaman membentuk kerajaan negeri Sabah yang dimeterai sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) pada September 2020. Pengerusi BN Sabah yang juga Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam pengumuman pendirian itu berkata, Hajiji telah melanggar persefahaman yang dibuat di antara BN, Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah…

Read More

Kemelut Sabah tidak jejas Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Kemelut politik kecil yang tercetus di Sabah tidak akan memberi kesan dan menjejaskan kedudukan Kerajaan Perpaduan. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata kemelut terbabit hanya membabitkan pimpinan politik peringkat Sabah. Perbincangan saya dengan (Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri) Hajiji (Noor), (Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri) Bung (Radin Mokhtar), (Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd) Shafie (Apdal), jalan terbaik adalah berbincang dan cari jalan penyelesaian yang baik. “(Kemelut) ini tidak boleh digambarkan keadaannya (mengheret sehingga) di Persekutuan, kerana ini tidak sedikit pun mengubah (kerajaan).…

Read More

Hajiji mahu rombak Kabinet Sabah

KOTA KINABALU 6 Jan. –  Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan Kabinet negeri Sabah bakal dirombak tidak lama lagi. Dalam satu kenyataan ringkas petang ini, Hajiji berkata, maklumat terperinci berkaitan rombakan akan dikeluarkan dalam masa terdekat Rombakan itu difahamkan susulan perkembangan semasa politik di negeri ini selepas spekulasi cubaan menukar kerajaan negeri tersebar semalam. Cubaan menukar kerajaan itu dipercayai dilakukan menerusi kerjasama Parti Warisan (Warisan) dan Barisan Nasional (BN) Sabah. Selain itu, rombakan berkenaan juga dipercayai ada kaitan dengan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) terhadap…

Read More

13 angkat sumpah simpan rahsia

PUTRAJAYA 6 Jan. – Sebanyak 13 Setiausaha Politik kepada Menteri Kabinet mengangkat sumpah simpan rahsia hari ini. Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan majlis angkat sumpah itu yang berlangsung di pejabatnya di sini.. Mendahului angkat sumpah adalah Ketua Bahagian PKR Bandar Tun Razak, Azman Abidin sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri. Ketua UMNO Bahagian Papar, Jamal Norubit @ Nerubi sebagai Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, sementara Ahli Majlis kerja Tertinggi UMNO, Mohd Razlan Muhamad Rafi (Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah), Che Zam Hamzah (Menteri Ekonomi) dan Mohammad Khairi A…

Read More

Putin arah gencatan senjata 36 jam

KYIV: Presiden Rusia Vladimir Putin mengarahkan gencatan senjata 36 jam di Ukraine semasa Krismas Ortodoks. Arahan Putin kepada tenteranya diumumkan beberapa hari selepas Moscow mengalami kekalahan paling teruk, dan ketika penyokong Ukraine berjanji untuk menghantar bekalan kenderaan berperisai dan pesawat Patriot membantu Kyiv. Kedua-dua negara meraikan Krismas Ortodoks dan arahan pemimpin Rusia itu dibuat berikutan gesaan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan serta pemimpin agama Rusia bagi gencatan senjata “sepihak” di Ukraine. “Mengambil kira rayuan Paderi Patriark Kirill, saya mengarahkan Menteri Pertahanan Persekutuan Rusia untuk melaksanakan .. gencatan senjata di Ukraine,”…

Read More

Covid-19 catat peningkatan harian

PUTRAJAYA 6 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 dalam negara sekali menunjukkan sedikit peningkatan dengan merekodkan 571 kes berbanding 433 kes kelmarin dan 333  pada hari sebelumnya. Menurut portal KKMNOW daripada jumlah itu, satu kes import turut direkodkan dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes tempatan meningkat kepada 4,990,249 dan 38,545 kes import. Tujuh kematian baharu dilaporkan termasuk dua yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) dan ini menjadikan jumlah yang meninggal dunia  36,866 orang termasuk 7,856 kematian BID. Sementara itu, kes aktif yang direkodkan semalam adalah 11,564…

Read More

Tajuddin kekal digantung keahlian 3 tahun

KUALA LUMPUR: Penggantungan keahlian UMNO terhadap bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa hari ini selepas  Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan menolak rayuan permohonannya. Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, keputusan tersebut dicapai selepas MKT berpandangan bahawa bekas Ahli MKT itu melanggar disiplin yang terkandung dalam Perlembagaan UMNO “Tajuddin sebelum ini telah digantung, dan rayuan beliau telah ditolak. Pergantungan beliau berkuat kuasa hari ini,” katanya kepada pemberita di lobi Menara Dato’ Onn di sini. Sebelum ini, ahli MKT UMNO Puad Zarkashi mengesahkan Tajuddin digantung keahlian selama…

Read More