Kemelut Sabah tidak jejas Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Kemelut politik kecil yang tercetus di Sabah tidak akan memberi kesan dan menjejaskan kedudukan Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata kemelut terbabit hanya membabitkan pimpinan politik peringkat Sabah.

Perbincangan saya dengan (Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri) Hajiji (Noor), (Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri) Bung (Radin Mokhtar), (Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd) Shafie (Apdal), jalan terbaik adalah berbincang dan cari jalan penyelesaian yang baik.

“(Kemelut) ini tidak boleh digambarkan keadaannya (mengheret sehingga) di Persekutuan, kerana ini tidak sedikit pun mengubah (kerajaan).

“Setakat ini, tidak ada sedikit pun bayangan (kerajaan Persekutuan akan berubah), melainkan yang disuarakan oleh pembangkang. Dulu zaman menjatuhkan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) adalah pengkhianatan dari dalam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Naratif Khas bersama Perdana Menteri terbitan RTM, malam ini.

Related posts

Leave a Comment