Putin arah gencatan senjata 36 jam

KYIV: Presiden Rusia Vladimir Putin mengarahkan gencatan senjata 36 jam di Ukraine semasa Krismas Ortodoks.

Arahan Putin kepada tenteranya diumumkan beberapa hari selepas Moscow mengalami kekalahan paling teruk, dan ketika penyokong Ukraine berjanji untuk menghantar bekalan kenderaan berperisai dan pesawat Patriot membantu Kyiv.

Kedua-dua negara meraikan Krismas Ortodoks dan arahan pemimpin Rusia itu dibuat berikutan gesaan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan serta pemimpin agama Rusia bagi gencatan senjata “sepihak” di Ukraine.

“Mengambil kira rayuan Paderi Patriark Kirill, saya mengarahkan Menteri Pertahanan Persekutuan Rusia untuk melaksanakan .. gencatan senjata di Ukraine,” kata satu kenyataan Kremlin.

Ia berkuatkuasa dari tengah Jumaat hingga akhir Sabtu, kata Kremlin tetapi Kyiv mengecam tindakan itu.

Rusia “mesti meninggalkan wilayah yang diduduki – barulah ia akan mengadakan ‘gencatan senjata sementara'”, kata penasihat presiden Ukraine Mykhailo Podolyak melalui Twitter.

Related posts

Leave a Comment