Covid-19 catat peningkatan harian

PUTRAJAYA 6 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 dalam negara sekali menunjukkan sedikit peningkatan dengan merekodkan 571 kes berbanding 433 kes kelmarin dan 333  pada hari sebelumnya.

Menurut portal KKMNOW daripada jumlah itu, satu kes import turut direkodkan dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes tempatan meningkat kepada 4,990,249 dan 38,545 kes import.

Tujuh kematian baharu dilaporkan termasuk dua yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) dan ini menjadikan jumlah yang meninggal dunia  36,866 orang termasuk 7,856 kematian BID.

Sementara itu, kes aktif yang direkodkan semalam adalah 11,564 kes dan daripada jumlah itu, 10,945 kes atau 94.6 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah manakala tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).

Jumlah pesakit yang mendapat rawatan di hospital kekal seperti kelmarin iaitu

581 orang atau 5 peratus dengan 38 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 18 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 696 pesakit dilaporkan sembuh semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,980,364 pesakit pulih.

Related posts

Leave a Comment