13 angkat sumpah simpan rahsia

PUTRAJAYA 6 Jan. – Sebanyak 13 Setiausaha Politik kepada Menteri Kabinet mengangkat sumpah simpan rahsia hari ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan majlis angkat sumpah itu yang berlangsung di pejabatnya di sini..

Mendahului angkat sumpah adalah Ketua Bahagian PKR Bandar Tun Razak, Azman Abidin sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri.

Ketua UMNO Bahagian Papar, Jamal Norubit @ Nerubi sebagai Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, sementara Ahli Majlis kerja Tertinggi UMNO, Mohd Razlan Muhamad Rafi (Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah), Che Zam Hamzah (Menteri Ekonomi) dan Mohammad Khairi A Malik, bagi Menteri Pengajian Tinggi.

Juga mengangkat sumpah pagi ini Suhaizan Kaiat (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), Mohd Syazwan Rahimy Mohd Mokhtar (Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) dan Carl Douglas Victor Moosom (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi).

Anwar dalam catatan Facebooknya berkata, turut mengangkat sumpah ialah Atiqah Syairah Shaharuddin sebagai Setiausaha Politik Menteri Pendidikan, Dr Muhammad Razak Idris (Hal Ehwal Agama), Ravindran Vengadasamy (Kementerian Sumber Manusia), Napsiah Khamis @ Maharan (Menteri Kesihatan) dan Mohammad Ghazali Hajiji, bagi portfolio Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas.

Beliau berkata, minggu lalu juga, seramai 10 Setiausaha Politik turut mengangkat sumpah antaranya Pengerusi UMNO Selangor, Megat Zulkarnain Omardin, untuk berkhidmat dengan Timbalan Perdana Menteri.

“(Selain itu) Ir Irwan Zulkarnain Hasbie dan Mikai Mandau (Timbalan Perdana Menteri), Chiong Yoke Kong (Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan), Ambrose Abong Bugek (Menteri Kerja Raya), Johari Kassim (Menteri Dalam Negeri), Ooi Tze Min (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Mohammed Kamaluddin Effendie (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Lee Seang Hock (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya) dan Abdullah Izhar Yusof (Menteri Komunikasi dan Digital),” katanya.

“Semoga mereka dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik dan penuh tawaduk,” katanya.

Related posts

Leave a Comment