OPR keputusan BNM bukan kerajaan

PUTRAJAYA 4 Jan. – Penetapan Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah keputusan Bank Negara tanpa perlu campur tangan Kementerian Kewangan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “(Perubahan berhubung) OPR adalah keputusan Bank Negara (Malaysia) dan bukan Kementerian Kewangan. Kalau nak bincang, saya boleh bincang. Tetapi itu adalah ‘wewenang’ (kuasa) BNM,” katanya. “(Perubahan berhubung) OPR adalah keputusan Bank Negara (Malaysia) dan bukan Kementerian Kewangan. Kalau nak bincang, saya boleh bincang. Tetapi itu adalah ‘wewenang’ (kuasa) BNM,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet, hari ini. Beliau menjawab soalan berhubung impak dan tindakan oleh Kementerian…

Read More

Tiada diskriminasi kemasukan pelancong

PUTRAJAYA 4 Jan. – Kemasukan pengembara asing ke Malaysia akan dikawal dengan lebih ketat, tanpa menumpukan kepada mana-mana negara yang dikaitkan dengan kadar jangkitan Covid-19. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak ada diskriminasi mana-mana negara kerana jika dilihat kadar jangkitan di China, kadar kematian di Amerika Syarikat (AS) dan juga beberapa negara lain juga tinggi Katanya, masalah kesihatan rakyat adalah paling utama, manakala soal pelancongan serta pertumbuhan ekonomi tidak boleh mengatasi kepentingan mengawal dan merawat rakyat daripada segi wabak serta jangkitan, termasuk Covid-19. “Kita ambil tindakan menyelamatkan rakyat…

Read More

Dua produk kosmetik dibatal jualan

PUTRAJAYA 4 Jan. –  Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan jualan dua produk kosmetik Flashhskinzz Night Cream dan Rissa Skin Moisturiser yang dikesan mengandungi racun berjadual. Berikutan itu orang ramai diingatkan tidak membeli dan menggunakan produk kosmetik berkenaan manakala penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut perlu dihentikan dengan serta-merta. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Flashhskinzz Night Cream mengandungi hidrokuinon (hydroquinone) manakala Rissa Skin Moisturiser mengandungi hidrokuinon, tretinoin dan betamethasone 17-valerate. “Notifikasi produk kosmetik terbabit sudah dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan…

Read More

Pelekat cukai jalan berkualiti tahun ini

PUTRAJAYA 4 Jan. –  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merancang memperkenalkan pelekat cukai jalan yang lebih berkualiti pada tahun ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. “Saya tahu ramai orang mengadu berkenaan sticker cukai jalan yang kurang berkualiti, perkara itu dalam perhatian kami dan satu perubahan besar bakal dilaksanakan dalam tahun ini,” katanya semalam. Melalui hantaran di Facebooknya, beliau berkata, antara agenda utama JPJ tahun ini ialah melaksanakan digitalisasi dalam perkhidmatan teras kepada rakyat seperti pelesenan kenderaan dan pemandu. “Agenda utama kita mempermudahkan urusan rakyat dan saya tak ingin melihat orang ramai…

Read More

Malaysia, Pakistan perbaharui komitmen kerjasama

PUTRAJAYA 4 Jan. – Malaysia dan Pakistan memperbaharui komitmen untuk meneroka potensi kerjasama baharu dalam pelbagai lapangan, termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, kebudayaan serta hubungan sesama rakyat. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, komitmen itu dicapai dalam perbincangan ringkas bersama rakan sejawatan Perdana Menteri Pakistan, Shahbaz Shareef yang menelefon beliau pagi ini. “Saya turut menzahirkan kesediaan supaya Malaysia meningkatkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi dengan Pakistan termasuk menerusi mekanisme Mesyuarat Suruhanjaya Bersama,” katanya. Malaysia dan Pakistan terus memperkukuh kerjasama dua hala sejak peningkatan tahap hubungan antara kedua-dua…

Read More

Kes Covid-19 catat penurunan

PUTRAJAYA 4 Jan. – Jumlah jangkitan harian Covid-19 dalam negara terus menunjukkan trend penurunan dan kekal di bawah 500 kes dengan merekodkan 333 semalam berbanding 360 kelmarin dan 420 pada hari pertama 2023. Menurut portal KKMNOW satu kes import turut direkodkan dan dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes tempatan meningkat kepada 4,989,250 dan 38,540 kes import. Satu lagi kematian direkodkan semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 36,859 orang meninggal dunia termasuk 7,854 kematian yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, kes aktif yang direkodkan semalam berkurangan…

Read More