Malaysia, Pakistan perbaharui komitmen kerjasama

PUTRAJAYA 4 Jan. – Malaysia dan Pakistan memperbaharui komitmen untuk meneroka potensi kerjasama baharu dalam pelbagai lapangan, termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, kebudayaan serta hubungan sesama rakyat.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, komitmen itu dicapai dalam perbincangan ringkas bersama rakan sejawatan Perdana Menteri Pakistan, Shahbaz Shareef yang menelefon beliau pagi ini.

“Saya turut menzahirkan kesediaan supaya Malaysia meningkatkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi dengan Pakistan termasuk menerusi mekanisme Mesyuarat Suruhanjaya Bersama,” katanya.

Malaysia dan Pakistan terus memperkukuh kerjasama dua hala sejak peningkatan tahap hubungan antara kedua-dua negara kepada Perkongsian Strategik pada 2019.

Pakistan merupakan rakan dagangan penting di Asia Selatan dengan nilai dagangan dua hala mencecah USD1.42 bilion pada tahun 2021.

Related posts

Leave a Comment