Pelekat cukai jalan berkualiti tahun ini

PUTRAJAYA 4 Jan. –  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merancang memperkenalkan pelekat cukai jalan yang lebih berkualiti pada tahun ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

“Saya tahu ramai orang mengadu berkenaan sticker cukai jalan yang kurang berkualiti, perkara itu dalam perhatian kami dan satu perubahan besar bakal dilaksanakan dalam tahun ini,” katanya semalam.

Melalui hantaran di Facebooknya, beliau berkata, antara agenda utama JPJ tahun ini ialah melaksanakan digitalisasi dalam perkhidmatan teras kepada rakyat seperti pelesenan kenderaan dan pemandu.

“Agenda utama kita mempermudahkan urusan rakyat dan saya tak ingin melihat orang ramai beratur panjang di pejabat-pejabat JPJ yang menyusahkan mereka, selain memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang jalan raya,” katanya.

Beliau sebelum itu mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi JPJ dan mendapat taklimat berkenaan perancangan JPJ untuk tahun 2023.

Sebelum ini, pelekat cukai jalan menjadi perhatian ramai kerana didakwa tidak berkualiti kerana cepat rosak, tidak tahan lama sekiranya ditanggalkan, menjadi kabur dan kurang jelas sebelum cukai jalan itu tamat manakala sisa gam melekat pada cermin kereta apabila ditanggalkan.

Related posts

Leave a Comment