Varian BA.5.2, BF.7 Covid-19 dalam negara

PUTRAJAYA 2 Jan. – Varian BA.5.2 dan BF.7 Covid-19 yang sedang menular di China, dikesan sudah berada di Malaysia dengan 4,148 kes dijangkiti BA.5.2 dan tiga kes BF.7 setakat 31 Disember lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, bagaimanapun berkata, belum ada data dapat mengaitkan peningkatan bilangan kes kemudaratan atau kematian dengan varian BA.5.2 dan BF.7. “Situasi ini akan disemak dari semasa ke semasa apabila berlaku perubahan ketara yang memerlukan perubahan dalam strategi kesihatan awam. “Perkara ini akan diumumkan segera oleh WHO kepada semua negara anggota WHO serta penduduk…

Read More

Qatar turut kenakan ujian pelancong China

DOHA 2 Jan. –  Qatar menyertai beberapa negara yang mengenakan syarat ketat kemasukan pelancong yang tiba dari China berikutan gelombang Covid-19 yang sedang melanda republik itu. Mulai Selasa, pelancong yang tiba dari China perlu menunjukkan keputusan ujian negatif Covid-19 yang diambil dalam tempoh 48 jam selepas berlepas. Menurut Kementerian Kesihatan Awam Qatar, ujian itu dikenakan ke atas semua pelancong tanpa mengira status vaksinasi dan ia adalah langkah sementara ketika  China sedang berdepan dengan gelombang Covid-19 . Ketika ini  Australia, Kanada, Jepun, Itali, Sepanyol dan Maghribi serta beberapa negara lain sedang…

Read More

Kes baharu, kematian, kes aktif turun

PUTRAJAYA 2 Jan. – Bilangan kes baharu, kematian dan purata kes aktif harian di seluruh negara pada Minggu Epidemiologi ke-52 (ME 52/2022) mencatat penurunan bagi tempoh 25 Disember hingga 31 Disember lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bilangan kes baharu berkurangan 36.1 peratus iaitu kepada 3,767 kes berbanding 5,894 kes direkodkan pada minggu sebelumnya. Bilangan kes tempatan turun 36.5 peratus (5,880 kepada 3,735 kes), kes import meningkat 129.6 peratus (14 kepada 32 kes), kematian turun 29 peratus (31 kepada 22 kes)m purata kes aktif setiap hari menurun…

Read More

Kerjasama politik PH-BN hadapi PRN

TANJONG 2 Jan.- Pengerusi DAP, Lim Guan Eng tidak menolak kemungkinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bekerjasama pada Pilihan Raya Negeri (PRN), yang dijadual berlangsung dalam tempoh beberapa bulan lagi. Ini berikutan penubuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan yang dengan sendirinya akan membawa kepada kerjasama di peringkat negeri, sama seperti di Perak dan Pahang. Beliau bagaimanapun berkata perbincangan lanjut mengenai perkara itu akan dibuat dalam satu mesyuarat PH, membabitkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan pemimpin tinggi lain, pada minggu ketiga bulan ini, sebelum Tahun Baharu Cina. “Sebarang perbincangan…

Read More

Persampelan air kumbahan dua kali seminggu

PUTRAJAYA 2 Jan. – Persampelan air kumbahan daripada pesawat dijalankan sebanyak dua kali seminggu, dalam usaha mengekang penularan Covid-19 di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau ketika menerangkan kaedah ujian air kumbahan yang diambil di pintu masuk antarabangsa (PMA) berkata, Beliau berkata, secara amnya semua air kumbahan akan dibawa keluar dari kapal terbang melalui trak kumbahan ke kemudahan pelupusan sisa pesawat (AWDF), dan proses itu diselaraskan oleh pihak Airport Ground Handler. Selepas penerbangan yang disasarkan dikenal pasti, proses persampelan air kumbahan itu dijalankan oleh Pejabat…

Read More

Ambillah dos penggalak kedua

PUTRAJAYA 2 Jan. – Orang ramai yang telah menerima dos penggalak pertama yang melebihi tempoh enam bulan digesa mendapatkan dos penggalak kedua tanpa menunggu vaksin bivalen, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. Beliau berkata, vaksin monovalen sedia ada masih sangat berkesan untuk mengurangkan gejala serius dan kes kematian. Katanya, pengambilan dos penggalak adalah sebagai sebahagian langkah KKM untuk meningkatkan kaedah pembendungan penularan jangkitan Covid-19 dalam negara serta kesiapsiagaan bagi berdepan sebarang kemungkinan peningkatan kes. KKM katanya amat berharap, peratusan pengambilan dos penggalak meningkat, terutamanya daripada golongan yang berisiko. Dalam satu…

Read More

Telur ada najis, gerai roti canai tutup 14 hari

TANJONG 2 Jan. – Tahap kebersihan tidak memuaskan termasuk telur yang masih terdapat najis ayam sebagai bahan bagi membuat makanan, sebuah gerai roti canai popular di Jalan Transfer di sini, diarah tutup selama 14 hari ni, mulai hari ini. Premis terbabit juga dikenakan kompaun sebanyak RM500 kerana gagal menghantar pekerja bagi mengambil kursus pengendalian makanan. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut mengeluarkan notis penutupan itu mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Turut dikenakan kompaun sebanyak RM500 adalah sebuah gerai minuman berhampiran gerai roti canai itu…

Read More

Kes harian turun pada hari pertama 2023

PUTRAJAYA 2 Jan. – Hari pertama tahun baharu 2023 semalam, sebanyak 420 kes baharu Covid-19 direkodkan, tiga daripadanya kes import yang menunjukkan penurunan berbanding 513 pada akhir 2022. Menurut portal KKMNOW, dengan pertambahan kes baharu  itu, jumlah keseluruhan kes tempatan meningkat meningkat kepada 4,988,559 dan 38,538 kes import. Bagi tempoh yang sama, empat kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 36,857 orang meninggal dunia termasuk 7,854  kematian yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) Sementara itu, kes aktif semalam turun sebanyak 131 menjadikan jumlah kes aktif 11,871 di mana daripada…

Read More