Kes harian turun pada hari pertama 2023

PUTRAJAYA 2 Jan. – Hari pertama tahun baharu 2023 semalam, sebanyak 420 kes baharu Covid-19 direkodkan, tiga daripadanya kes import yang menunjukkan penurunan berbanding 513 pada akhir 2022.

Menurut portal KKMNOW, dengan pertambahan kes baharu  itu, jumlah keseluruhan kes tempatan meningkat meningkat kepada 4,988,559 dan 38,538 kes import.

Bagi tempoh yang sama, empat kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 36,857 orang meninggal dunia termasuk 7,854  kematian yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID)

Sementara itu, kes aktif semalam turun sebanyak 131 menjadikan jumlah kes aktif 11,871 di mana daripada jumlah itu, 11,232 atau 94.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit di pusat kuarantin (PKRC),

Sebanyak 609 pesakit atau 5.1 peratus sedang mendapat rawatan di hospital di mana 30 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), iaitu sembilan pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) dan selebihnya tidak.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 547 lagi pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,978,369 pesakit pulih.

Related posts

Leave a Comment