ARAB Saudi merekodkan 1,287 kes baharu koronavirus Covid-19 hari ini yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 303,973.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) sebanyak 42 kematian juga dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang meninggal dunia sebanyak 3,548.

Pada masa yang sama, sebanyak 1,385 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes sembuh 275,476.

Setakat ini, MoH merekodkan 24,949 kes aktif di mana 1,682 adalah kritikal.

Sementara itu, Jeddah merekodkan kes tertinggi dengan 68 kes diikuti Makkah 67, Jazan 64 dan Riyadh 59.

Related posts

Leave a Comment