Tindakan terhadap pendakwah , AJK masjid

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin meminta pihak berwajib tidak mengambil tindakan terhadap pendakwah dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang berlainan fahaman politik. Katanya , selepas PRU, seeloknya tiada sebarang tindakan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyatakan sokongan terbuka kepada mana-mana parti politik supaya pilihan raya kita dilihat dijalankan secara bebas, adil dan kompetitif. Menerusi hantaran di Facebooknya, beliu berkata, pengurusan masjid yang memilih AJK secara demokratik oleh ahli kariah juga tidak harus dipolitikkan dengan menafikan jemaah menguruskan masjid mereka sendiri. “Saya membaca berita…

Read More

Kes baharu ME51/2022 turun 18.7 peratus

PUTRAJAYA 26 Dis. – Bilangan kes baharu Covid-19 pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51/2022) atau 18 hingga 24 Disember lalu, merekodkan penurunan 18.7 peratus dengan 5,894 kes berbanding 7,249 kes pada minggu sebelumnya (ME50/2022). Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dalam tempoh itu, bilangan kes tempatan menunjukkan penurunan 18.7 peratus iaitu daripada 7,232 kes kepada 5,880 kes. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, kes import juga turun sebanyak 17.6 peratus iaitu 17 kes kepada 14 kes. Beliau berkata, pada ME51/2022, bilangan kes kematian turut berkurangan sebanyak 34 peratus…

Read More

Pemilihan: Kenyataan bodek, perlekeh Zahid Hamidi

SEPANG 26 Dis. – Cadangan supaya jawatan utama UMNO terutama Presiden tidak dipertandingkan hanyalah tindakan membodek dan pada masa yang sama memperlekehkan kebolehan Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ketua Puteri UMNO Ledang, Nadhirah Afiqah dalam satu kenyataan berkata, cadangan itu bukanlah pendirian lebih tiga juta ahli UMNO di seluruh negara. Katanya, ahli-ahli UMNO mahu melihat demokrasi di dalam UMNO dihidup dan disuburkan semula selepas penangguhan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan sebelum ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). “Jika sebelum ini alasan penangguhan pemilihan disebabkan tidak mahu berlaku…

Read More

Pindaan perlembagaan dalam PAU Khas

PONTIAN 26 Dis. – UMNO akan membuat pindaan perlembagaan membabitkan pengguguran keahlian serta pertambahan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan diadakan pada 11 hingga 14 Januari ini. Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, berkata pindaan dua fasal perlembagaan parti itu akan dibentangkan Naib Presiden, Mohamed Khaled Nordin. Katanya, pembentangan pindaan perlembagaan itu akan berlangsung dalam PAU Khas pada 13 Januari nanti yang dijadualkan bermula kira-kira pukul 11.30 pagi selepas selesai ucapan dasar Presiden. “Perkara yang nak dipinda dalam perlembagaan UMNO bulan depan adalah ke atas Fasal 20.11. Ia menyebut…

Read More

Tiada dalam senarai cerun kritikal JMG

SEPANG 26 Dis. – Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) menjelaskan tapak  perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands tidak tersenarai dalam cerun kritikal di bawah pemantauan jabatan itu. Ketua Pengarah JMG, Hisamudin Termidi, berkata pihak Father’s Organic Farm, lokasi kejadian tanah runtuh pada 16 Disember lalu juga tidak pernah menerima sebarang surat atau maklumat mengenai senarai cerun kritikal berkenaan. Justeru JMG menafikan beberapa laporan berita yang mendakwa cerun di kawasan tragedi runtuhan tanah itu disenaraikan antara lokasi kritikal yang dikenal pasti dan JMG menyenaraikan Batang Kali sebagai lokasi…

Read More

Khairy pindah keahlian UMNO ke Sungai Buloh

SEPANG 26 Dis. – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan ‘perpindahan’ keahliannya dari Rembau ke UMNO bahagian Sungai Buloh iaitu kawasan yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Beliau yang bekas Menteri Kesihatan itu berkata, keputusan berpindah itu diambil kerana mahu menyelesaikan urusan yang tertangguh dan menjadikan kawasan itu sebagai kubu buat BN. Khairy yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau memaklumkan mengenai perkara tersebut melalui video pendek di akaun TikTok BN Sungai Buloh semalam ketika satu majlis di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Saujana Utama, Sungai…

Read More

Kes harian turun, tiada kematian baharu

PUTRAJAYA 26 Dis. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam terus menunjukkan penurunan dengan merekodkan 609 kes termasuk dua kes import berbanding 766 kelmarin dan 902 pada Jumaat. Menurut data portal KKMNOW, jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 5,023,519 iaitu 4,985,014 kes termpatan dan 38,505 kes import. Berdasarkan data sama, tiada kematian baharu direkodkan semalam dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 kekal 36,831 termasuk 7,849 kes yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, sebanyak 13,997 kes aktif dilaporkan dan daripada jumlah itu sebanyak 13,229 kes…

Read More