Pemilihan: Kenyataan bodek, perlekeh Zahid Hamidi

SEPANG 26 Dis. – Cadangan supaya jawatan utama UMNO terutama Presiden tidak dipertandingkan hanyalah tindakan membodek dan pada masa yang sama memperlekehkan kebolehan Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Puteri UMNO Ledang, Nadhirah Afiqah dalam satu kenyataan berkata, cadangan itu bukanlah pendirian lebih tiga juta ahli UMNO di seluruh negara.

Katanya, ahli-ahli UMNO mahu melihat demokrasi di dalam UMNO dihidup dan disuburkan semula selepas penangguhan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan sebelum ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Jika sebelum ini alasan penangguhan pemilihan disebabkan tidak mahu berlaku perpecahan menjelang PRU15, justeru usai PRU15 seharusnya proses demokrasi yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO ini dihormati dan dipatuhi,” katanya.

Beliau berkata, sebagai pemimpin yang bijaksana, Presiden UMNO itu  berjaya memastikan UMNO terus berada dalam Kerajaan walaupun hanya memenangi 26 kerusi dalam PRU15 yang lalu.

“Malah sebagai pemimpin dengan darah pahlawan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid juga telah berjaya mendapatkan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri yang pernah disandang beliau sebelum ini,” katanya.

Dengan rekod pencapaian ini, adalah mustahil Ahmad Zahid akan berasa gentar untuk menghadapi apa-apa cabaran dalam pemilihan parti malah pastinya akan mempertahan dan melindungi asas demokrasi dalam UMNO.

Terdapat ura-ura bahawa suatu usul akan dibawa dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 agar beberapa jawatan utama dalam UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti pada tahun hadapan.

Kenyataan serupa juga telah disuarakan oleh beberapa pemimpin UMNO di peringkat bahagian terutamanya bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO,

Related posts

Leave a Comment