Khairy pindah keahlian UMNO ke Sungai Buloh

SEPANG 26 Dis. – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan ‘perpindahan’ keahliannya dari Rembau ke UMNO bahagian Sungai Buloh iaitu kawasan yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang bekas Menteri Kesihatan itu berkata, keputusan berpindah itu diambil kerana mahu menyelesaikan urusan yang tertangguh dan menjadikan kawasan itu sebagai kubu buat BN.

Khairy yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau memaklumkan mengenai perkara tersebut melalui video pendek di akaun TikTok BN Sungai Buloh semalam ketika satu majlis di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Saujana Utama, Sungai Buloh.

“Saya tidak suka tinggalkan begitu sahaja dan saya rasa tidak adil kepada tuan-tuan dan puan-puan, saya datang ke sini sebagai calon bidan terjun berprofil tinggi, bila tidak menang lepas itu terus cabut cari tempat lain,” katanya.

Pada PRU lalu, Khairy yang memperoleh 48,250 undi dalam perebutan kerusi Parlimen Sungai Buloh tewas dengan perbezaan majoriti tipis hanya 2,693 undi di tangan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk R Ramanan (PKR) yang meraih

Bekas ahli Parlimen Rembau itu meninggalkan kerusi disandangnya selama tiga penggal bermula pada tahun 2008 bagi bertanding di Sungai Buloh untuk memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Khairy berkata, keputusan untuk berhijrah di bahagian tersebut telah dibincangkan terlebih dahulu dahulu dengan Ketua UMNO Bahagian Sungai Buloh, Megat Firdouz Megat Junid dan pemimpin bahagian lain termasuk Harison Hassan.

“Soal pemilihan nanti kita bincang adik-beradik macam mana nak buat. Yang penting seperti mana saya sebut tadi, saya datang bukan hanya nak bertanding dan kalah terus hilangkan diri. Tidak, saya kekal di sini sehinggalah kita menang Parlimen Sungai Buloh,” katanya.

Palimen Sungai Buloh yang diwujudkan pada tahun 2018 dimenangi oleh calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sivarasa Rasiah pada PRU14 dengan majoriti 43,631 undi.

Related posts

Leave a Comment