Tindakan terhadap pendakwah , AJK masjid

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin meminta pihak berwajib tidak mengambil tindakan terhadap pendakwah dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang berlainan fahaman politik.

Katanya , selepas PRU, seeloknya tiada sebarang tindakan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyatakan sokongan terbuka kepada mana-mana parti politik supaya pilihan raya kita dilihat dijalankan secara bebas, adil dan kompetitif.

Menerusi hantaran di Facebooknya, beliu berkata, pengurusan masjid yang memilih AJK secara demokratik oleh ahli kariah juga tidak harus dipolitikkan dengan menafikan jemaah menguruskan masjid mereka sendiri.

“Saya membaca berita berkenaan beberapa orang pendakwah terkenal yang dilarang memberi ceramah di masjid dan juga di televisyen. Ada juga yang video Tik Tok ceramah mereka disekat.

“Saya juga melihat video yang viral berkenaan AJK beberapa masjid di Pulau Pinang yang meletak jawatan kerana mendakwa terdapat campur tangan daripada kerajaan negeri berkenaan kedudukan mereka yang dipilih oleh ahli kariah,” katanya.

Muhyiddin berkata, beliau mengetahui ramai pihak berpengaruh termasuk pendakwah bebas dan artis terkenal yang memberikan sokongan terbuka kepada PN pada PRU-15 yang lalu.

Katanya, ada pihak yang menyatakan sokongan terbuka kepada parti lain termasuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Ini adalah hak mereka dalam sebuah negara demokrasi.

Related posts

Leave a Comment