Bekalan air kawasan terjejas mula pulih

SEPANG 25 Dis. – Status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berikutan pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir, telah mencapai 16 peratus sehingga 7 malam tadi. Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), ia melibatkan 32 kawasan di Sepang, Hulu Langat (14) dan dua di Petaling. Dalam kenyataannya, Air Selangor memaklumkan, tempoh masa pemulihan bekalan air berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain, bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. Kenyataan itu menyebut bekalan air bagi kawasan terjejas akibat henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA)…

Read More

NADMA senaraikan 31 korban tanah runtuh

PUTRAJAYA 25 Dis. – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengeluarkan senarai 31 nama mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands. NADMA dalam kenyataannya memaklumkan, proses bedah siasat ke atas semua mangsa juga sudah selesai dijalankan dan diserahkan kepada semua waris masing-masing oleh Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh. Proses mengenal pasti mayat mangsa dijalankan dengan menggunakan kombinasi empat kaedah iaitu pengecaman DNA, cap jari, gigi dan pengecaman pihak waris pada barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa. Dalam operasi…

Read More

Restoran tikus jamah ayam goreng ditutup 14 hari

PUTRAJAYA 25 Dis. – Sebuah restoran di Pandan Indah, Kuala Lumpur, diarah tutup 14 hari selepas tular video menunjukkan seekor tikus menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan di premis berkenaan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata arahan dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. Katanya, ia adalah susulan pemeriksaan oleh penguat kuasa kesihatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Selangor serta Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat di premis itu semalam. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan makanan di premis…

Read More

SAR tamat secara rasmi 12 tengah hari ini

HULU SELANGOR 25 Dis. –  Misi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm Jalan Genting-Batang Kali di sini, ditamatkan secara rasmi pada pukul 12 tengah hari ini. Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani mengumumkan misi itu tamat selepas pasukan SAR merumuskan tiada lagi mangsa tragedi terbabit dilaporkan hilang atau belum ditemui, selaras Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN). Bagaimanapun, katanya, kerja-kerja teknikal di lokasi akan diteruskan beberapa agensi berkaitan, antaranya Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta…

Read More

Gelisah, putus asa mencari mangsa ke-31

HULU SELANGOR 25 Dis. – Gelisah dan putus asa dapat dirasai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) ketika mereka berusaha mengesan mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Gohtong. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata walaupun kelelahan selepas sembilan hari bertungkus lumus melakukan pencarian, pasukan SAR sedaya upaya bertahan supaya mangsa dapat ditemui. Katanya, ketika pencarian terakhir itu,  80 peratus penggalian sudah dibuat di semua sektor A, B, C dan D. Beliau berkata, lokasi mayat mangsa…

Read More

Dua empangan atasi banjir Jakarta

JAKARTA: Masalah banjir di Jakarta dijangka dapat diatasi dengan siapnya dua empangan kering di Bogor, Jawa Barat yang akan mengawal aliran air ke Jakarta. Dua empangan itu, iaitu empangan Ciawi dan empangan Sukamahi dirasmikan oleh Presiden Joko Widodo semalam. Dalam catatan Facebooknya, Jokowi berkata, sejak dahulu Jakarta terdedah kepada masalah banjir selain kesesakan lalu lintas. “Setiap tahun semasa musim hujan, bandar ini banjir. Bagaimanakah jalan keluar itu?,”:tulisnya. Beliau berkata, sesiapa yang menjadi gabenor Jakarta, mesti melakukan tiga perkara: menormalkan 13 sungai yang mengalir di bandar Jakarta, menguruskan pengurusan mengepam takungan…

Read More

LRA Sg Semenyih beroperasi semula

SEPANG 25 Dis. – Air Selangor memaklumkan bahawa bacaan tahap 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut telah direkodkan di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) yang membolehkan ia mula beroperasi semula. Dalam kenyataan melalui media sosial pukul 10 pagi ini, Air Selangor memaklumkan pengoperasian semula ini melibatkan proses pembersihan dan rawatan air yang dijangka akan mengambil masa lebih kurang 12 jam. Sejurus itu, bekalan air terawat yang bersih dan selamat akan mula diagihkan secara berperingkat kepada para pengguna di kawasan-kawasan yang terlibat. Media semalam melaporkan LRA Sg Semenyih…

Read More

Kes harian tempatan hampir lima juta

PUTRAJAYA 25 Dis. – Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini mencecah 5,022,910 yang meliputi 4,984,407 kes tempatan dan 38,503 kes import. Menurut portal KKMNOW, jumlah kes harian yang direkodkan semalam adalah 766 semuanya kes tempatan, menunjukkan penurunan berbanding 902 sebelumnya. Berdasarkan data sama, satu kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 36,831 sejak wabak itu melanda negara. Sementara itu, sebanyak 14,124 kes aktif dilaporkan dan daripada jumlah itu sebanyak 13,276 kes atau 94 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di pusat…

Read More