Dua empangan atasi banjir Jakarta

JAKARTA: Masalah banjir di Jakarta dijangka dapat diatasi dengan siapnya dua empangan kering di Bogor, Jawa Barat yang akan mengawal aliran air ke Jakarta.

Dua empangan itu, iaitu empangan Ciawi dan empangan Sukamahi dirasmikan oleh Presiden Joko Widodo semalam.

Dalam catatan Facebooknya, Jokowi berkata, sejak dahulu Jakarta terdedah kepada masalah banjir selain kesesakan lalu lintas.

“Setiap tahun semasa musim hujan, bandar ini banjir. Bagaimanakah jalan keluar itu?,”:tulisnya.

Beliau berkata, sesiapa yang menjadi gabenor Jakarta, mesti melakukan tiga perkara: menormalkan 13 sungai yang mengalir di bandar Jakarta, menguruskan pengurusan mengepam takungan sedia ada di Jakarta, dan menyiapkan pembinaan tambak atau Tembok Laut gergasi.

“Kalau tiga perkara ini tidak dilakukan, sampai bila-bila Jakarta akan jadi pelanggan banjir. Program ini sebenarnya sudah termasuk dalam pelan induk pembangunan di Wilayah DKI Jakarta dan Kementerian PUPR.

“Satu kerja tambahan yang perlu disiapkan ialah projek melambung tinggi sungai dari Sungai Ciliwung ke Banjir Terusan Timur,” katanya.

Begitu juga dengan mengawal aliran air ke Jakarta dan itu yang dilakukan sejak 2016 dengan membina dua empangan kering.

Related posts

Leave a Comment