NADMA senaraikan 31 korban tanah runtuh

PUTRAJAYA 25 Dis. – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengeluarkan senarai 31 nama mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands.

NADMA dalam kenyataannya memaklumkan, proses bedah siasat ke atas semua mangsa juga sudah selesai dijalankan dan diserahkan kepada semua waris masing-masing oleh Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

Proses mengenal pasti mayat mangsa dijalankan dengan menggunakan kombinasi empat kaedah iaitu pengecaman DNA, cap jari, gigi dan pengecaman pihak waris pada barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa.

Dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), kanak-kanak Eng Shao Qi adalah mangsa terakhir yang dijumpai tertimbus dalam kejadian itu.

SAR diumumkan tamat pada pukul 12 tenga hari ini oleh Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani selepas pasukan SAR merumuskan tiada lagi mangsa tragedi terbabit dilaporkan hilang atau belum ditemukan.

Related posts

Leave a Comment