Kes harian tempatan hampir lima juta

PUTRAJAYA 25 Dis. – Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini mencecah 5,022,910 yang meliputi 4,984,407 kes tempatan dan 38,503 kes import.

Menurut portal KKMNOW, jumlah kes harian yang direkodkan semalam adalah 766 semuanya kes tempatan, menunjukkan penurunan berbanding 902 sebelumnya.

Berdasarkan data sama, satu kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 36,831 sejak wabak itu melanda negara.

Sementara itu, sebanyak 14,124 kes aktif dilaporkan dan daripada jumlah itu sebanyak 13,276 kes atau 94 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).

Sebanyak 806 pesakit atau 5.7 peratus mendapat rawatan di hospital, di mana 42 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), iaitu 21 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh yang direkodkan semalam turut meningkat dengan pertambahan 1,026 lagi pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,971,955 pesakit sembuh.

Sementara itu Selangor mendahului dengan 319 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 88, Sarawak 72, Kedah 47, Melaka 42, Pulau Pinang 41, Pahang 27, Wilayah Persekutuan Putrajaya 24, Negeri Sembilan 24, Perak 20, Sabah 17! Terengganu 14, Johor 11, Kelantan 10,
Perlis 6 dan Wilayah Persekutuan Labuan 4.

Related posts

Leave a Comment