Speaker beri amaran jangan jadi ‘batu ronson’

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul yang pertama kali mengendalikan mesyuarat memberi amaran kepada Ahli Parlimen supaya tidak menjadi ‘batu ronson’ sehingga menimbulkan kekecohan sepanjang persidangan.

Ketika bertindak mengawal suasana riuh rendah, bekas Ahli Parlimen Sungai Petani itu mengingatkan, beliau tidak teragak-agak untuk mengarahkan Ahli Parlimen keluar dari Dewan Rakyat sekiranya mengeluarkan perkataan yang dianggap ‘unparlimentarian’.

Pada masa yang sama beliau meminta agar menghormati kedudukannya sebagai Speaker Dewan Rakyat.

“Dengar betul-betul sekali lagi, tak kira belah ini (kerajaan) atau belah sini (pembangkang), kalau mengeluarkan unparlimentarian dan mentafsirkan perkataan itu, unparlimentarian atau tidak adalah saya.

“Jadi kalau saya dengar YB menggunakan perkataan unparliamentary, saya akan keluarkan daripada Dewan ini,” katanya pada sesi perbahasan undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan bangkit selepas kedengaran Ahli Parlimen Pendang, Awang Solahuddin Hashim berkata “Kami tidak jadi kera lah, Hulu Langat.”

Mohd Sany yang tidak berpuas hati dengan kenyataan berkenaan bangun dan menggelarkan Awang Solahuddin sebagai ‘beruk’.

“Ehh hang Pendang (Awang Solahuddin) apa? Beruk?… Hang beruk, Pendang Beruk…

“Dia sebut dulu (kera). Hey, dia sebut dulu kera. Ini satu lagi perangai tak elok,” kata Mohd Sany.

Johari kemudian meminta Mohd Sany supaya duduk dan pada masa yang sama meminta agar Ahli Parlimen yang baharu supaya lebih bersabar.

“Tolong kena jaga tingkah laku khususnya ahli YB yang baharu masuk, kena belajar dulu. Just be patience,” katanya.

Related posts

Leave a Comment