PH belum muktamad kerusi

IPOH 3 Julai – Pakatan Harapan (PH) belum memuktamadkan pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), termasuk kerusi yang ditinggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar berkata, keputusan tersebut akan dibincangkan bersama-sama parti komponen dalam PH iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

“Kita dalam proses untuk pengagihan kerusi tersebut, sampai masanya kita akan umumkan berapa jumlah yang diperolehi oleh parti politik komponen,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Amanah Perak di sini hari ini.

Ketika ditanya pemberita sama ada PH mempunyai peluang cerah dalam PRU15 memandangkan situasi perpecahan dalam parti lawan, beliau mengakui ia sedikit sebanyak memberi kesan.

“Saya fikir begini, dari segi peluang ya memang saya akui (perpecahan dalam UMNO) sedikit sebanyak memberikan penyumbang untuk ke arah itu (kebangkitan PH).

“Tetapi bagi saya sekarang ini bukan soal peluang Amanah, PH menang dan sebagainya, tetapi peluang rakyat untuk dapat kesedaran.

“Supaya rakyat dengan sendirinya menyedari bahawa kelompok kleptokrat dan pengkhianat ini mesti ditolak oleh rakyat,” katanya lagi.

Related posts

Leave a Comment