Kenapa tiada undi belah bahagian?

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Pembangkang tidak meminta undi belah bahagian bagi menentukan sokongan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri berikutan pendirian bersama mereka bahawa usul terbabit tidak sewajarnya dibentangkan. Ahli Parlimen Kota Bharu,  Takiyuddin Hasan, berkata ini kerana Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sudah pun diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Perdana Menteri ke-10. Dewan sudah buat satu keputusan bahawa usul ini diluluskan dan kita semua dengar ia diluluskan dengan undian suara (dan) tanpa undi….itu penting. “Apa yang dibincangkan, kami pembangkang berkisar satu motif…

Read More

Anwar kekal Perdana Menteri ke-10

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Ahli Parlimen Tambun, Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri ke-10 apabila suara majoriti wakil rakyat menyokong usul undi percaya yang dibentangkan selepas dibahaskan oleh 12 orang anggota Dewan Rakyat petang ini. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul ketika mengemukakan usul itu untuk undian suara mengumumkan lebih suara bersetuju. Usul percaya itu bertujuan membuktikan Anwar yang mengangkat sumpah jawatan pada 24 November lalu mendapat sokongan bagi memimpin kerajaan baharu selepas keputusan PRU15 menyaksikan tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah. Sebelum itu Timbalan Perdana Menteri…

Read More

Speaker beri amaran jangan jadi ‘batu ronson’

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul yang pertama kali mengendalikan mesyuarat memberi amaran kepada Ahli Parlimen supaya tidak menjadi ‘batu ronson’ sehingga menimbulkan kekecohan sepanjang persidangan. Ketika bertindak mengawal suasana riuh rendah, bekas Ahli Parlimen Sungai Petani itu mengingatkan, beliau tidak teragak-agak untuk mengarahkan Ahli Parlimen keluar dari Dewan Rakyat sekiranya mengeluarkan perkataan yang dianggap ‘unparlimentarian’. Pada masa yang sama beliau meminta agar menghormati kedudukannya sebagai Speaker Dewan Rakyat. “Dengar betul-betul sekali lagi, tak kira belah ini (kerajaan) atau belah sini (pembangkang), kalau mengeluarkan unparlimentarian…

Read More

Hari pertama penggal pertama sudah riuh rendah

KUALA LUMPUR 19 Dis. –  Hari pertama, persidangan pertama Dewan Rakyat mencetuskan kekecohan selepas usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri,  Fadillah Yusof. Ketegangan bermula selepas Ahli Parlimen Arau,  Shahidan Kassim mengemukakan point of order agar tidak menggunakan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu bagi mempengaruhi Dewan Rakyat selepas pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri telah diperkenankan. Shahidan berpandangan, perkara tersebut melanggar Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat Perkara 36(7), dan meminta Anwar menjadi Perdana Menteri tanpa perlu mengemukakan usul percaya, jika diyakini mempunyai keabsahan. “Bagi kami…

Read More

Ramli, Alice Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR 19 Dis. –  Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Md Nor dan Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini hasil undian bersurat dalam kalangan ahli Parlimen. Keputusan diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul menyaksikan Ramli memperoleh 148 undi, bermakna semua wakil rakyat kerajaan memberi sokongan kepada wakil Barisan Nasional (BN) itu. Manakala Alice mendapat 146 undi sementara Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN Masjid Tanah) yang mewakili blok pembangkang memperoleh 74 undi. Sebelum itu, Perdana Menteri Anwar…

Read More

“Wajah baharu” di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR 19 Dis. –  Persidangan hari pertama Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 melakar sejarah apabila kedudukan ahli Dewan Rakyat daripada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kini sebaris dalam satu blok. Selain PH dan BN, kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Anwar Ibrahim turut dianggotai tiga lagi gabungan lain iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan). Jika dulu mereka bermusuh dengan pelbagai serangan dan kritikan sesama sendiri seperti penyamun, perompak, “No PKR, No DAP”, pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan banyak…

Read More

Timbalan Menteri tidak sempat undi Speaker

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Hanya 147, bukan 148 yang mengundi menyokong Johari Abdul ketika proses pemilihan Speaker Dewan Rakyat di Parlimen hari ini berikutan seorang wakil di pihak kerajaan tidak sempat berbuat demikian. Ahli Parlimen Mukah, Hanifah Hajar Taib tidak sempat mengundi ketika proses pemilihan Speaker Dewan Rakyat di Parlimen susulan mengalami migrain teruk, pada awal pagi tadi. Johari dipilih sebagai Speaker baharu selepas mendapat 147 undi menerusi undian bersurat, berbanding calon dinamakan pembangkang,  Radzi Sheikh Ahmad yang memperoleh 74 undi, menjadikan keseluruhan Ahli Parlimen mengundi sebanyak 221. Terdapat…

Read More

Anwar ketuai angkat sumpah 222 Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim mengetuai majlis angkat sumpah 222 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat bermula pukul 10 pagi ini sejurus selesai pelantikan Johari Abdul  sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat. Sebaik sahaja Ahli Parlimen Tambun itu selesai berbuat demikian, dua Timbalan Perdana Menteri mengambil giliran didahului Ahli Parlimen Bagan Datuk, Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Petrajaya, Fadillah Yusof. Ini disusuli Ahli Parlimen Seremban yang juga Setiausaha Agung DAP Anthony Loke,  Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu yang juga Presiden Amanah sebelum barisan menteri dan timbalan…

Read More

Johari Abdul Speaker baharu Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR 19 Dis – Perjanjian persefahaman (MoU) Kerajaan Perpaduan Malaysia membawa hasil yang pertama apabila 147 wakil kerajaan mengundi memilih bekas ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu. Johari yang dicalonkan oleh blok kerajaan mengalahkan calon blok pembangkang iaitu Perikatan Nasional (PN) yang menamakan Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang memperoleh 74 undi. Pemilihan bagi menggantikan Azhar Azizan dibuat melalui kertas undi. Sebelum itu, Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin memaklumkan dua cadangan nama tersebut yang masing-masing dikemukakan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan…

Read More