Perjanjian wakili GRS tidak sah

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Perjanjian persefahaman gabungan parti-parti politik menyokong Kerajaan Pusat pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang ditandatangani Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor disifatkan tidak sah. Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Ronald Kiandee berkata, tindakan Hajiji tidak mewakili aspirasi parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melalui GRS. Katanya, Bersatu Sabah adalah parti pengasas GRS dan menurut Fasal 6.1 (ii) Perlembagaan GRS, Bersatu merupakan ahli yang sah badan gabungan itu. “Saya ingin memaklumkan bahawa Bersatu Sabah sebagai ahli badan gabungan GRS tidak pernah terlibat dalam sebarang perbincangan yang memutuskan…

Read More

Kanak-kanak perempuan korban ke-24

BATANG KALI 17 Dis. – Mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemui di lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini, pukul 4.05 petang tadi. Berikutan penemuan korban ke-24 itu, kini sembilan lagi mangsa masih hilang serta sedang dikesan pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR). Terdahulu, mayat mangsa ke-22 dan 23 ditemui di kawasan Sektor A (Hillview) pada jam 1.05 tengah hari tadi, masing-masing membabitkan seorang wanita berusia lingkungan 30-an dan kanak-kanak dalam lingkungan umur tujuh hingga 10 tahun dipercayai anak wanita itu. Sejumlah…

Read More

Dr Mahathir kekal ahli Pejuang

9oKUALA LUMPUR 17 Dis. – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)mengesahkan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi tetapi bekas Perdana Menteri itu masih kekal sebagai ahli parti. Presiden Pejuang,  Mukhriz Mahathir, berkata biarpun sudah berundur, Dr Mahathir, akan terus memberi pandangan membina dan kritis terhadap masa depan Malaysia sebagai seorang negarawan unggul. “Itulah yang diharapkan oleh semua penyokong Dr Mahathir termasuk seluruh warga Pejuang selama ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Pejuang, katanya, menerima keputusan Dr Mahathir untuk berundur daripada jawatan Pengerusi. “Seluruh Anggota Majlis Eksekutif Pusat (MEP) dan ahli…

Read More

Jangan politikkan perjanjian permuafakatan

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa perjanjian permuafakatan antara parti politik dan gabungan yang ditandatangani semalam tidak dipolitikkan. Beliau berkata, perjanjian itu dapat memastikan tiada lagi ‘Scheme of Thing’ untuk jual beli Ahli Parlimen hingga kerajaan bertukar ganti berkali-kali. Katanya, perjanjian permuafakatan antara parti adalah untuk memastikan setiap pihak dalam kerajaan sentiasa menghormati dasar dan orientasi setiap parti yang bergabung. “Dan perjanjian itu tidak sesekali menyentuh hal-hal sensitif yang merosakkan keharmonian persepakatan,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini. Asyraf Wajdi menjelaskan…

Read More

Perjanjian tidak berperlembagaan, tidak sah

SEPANG 17 Dis. – Perjanjian Persefahaman yang ditandatangani oleh gabungan-gabungan parti dalam kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) semalam adalah bercanggah dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata, Undang-undang anti lompat parti tidak menghalang hak dan kebebasan Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk mengundi di Dewan Rakyat. “Tidak ada mana-mana bahagian dalam Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang menghendaki seorang Ahli Dewan Rakyat mengosongkan kerusinya jika beliau tidak menurut arahan parti dalam pungundian mana-mana usul atau rang undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Malah, hal ini dinyatakan dengan jelas…

Read More

Bukti Anwar tidak yakin raih sokongan

PAGOH 17 Dis. – Perjanjian permuafakatan antara gabungan parti politik membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak yakin mampu meraih sokongan majoriti Ahli Parlimen dalam sidang khas Dewan Rakyat yang akan berlangsung 19 Disember ini. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin berkata, perjanjian yang turut memaksa Ahli Parlimen mengosongkan kerusi sekiranya tidak menyokong Perdana Menteri dalam apa-apa usul juga, tidak pernah dilihat dalam mana-mana bentuk persefahaman atau undang-undang sebelum ini. Muhyiddin berkata, beliau idak pernah lihat dalam mana-mana undang-undang perkara seperti itu dilaksanakan kecuali yang berkaitan dengan akta lompat…

Read More

Mayat ke-22 dan 23 dibawa keluar

HULU SELANGOR 17 Dis. – Angka korban tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Batang Kali di sini meningkat kepada 23 orang sehingga pukul 1 petang ini. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, ia susulan penemuan dua lagi mayat di lokasi kejadian, seorang perempuan dewasa dan kanak-kanak. Mayat ke-22 dan ke-23 itu ditemukan dalam jarak yang dekat di sektor pencarian A iaitu tapak Hillview. Terdahulu, seramai 135 petugas operasi dan menyelamat (SAR) yang pakar dengan kejadian tanah runtuh dikerah ke lokasi runtuhan bagi…

Read More

Perjanjian ancaman terhadap demokrasi

SEPANG 17 Dis. – Perjanjian persefahaman yang memaksa ahli Parlimen undi Usul Kepercayaan untuk Perdana Menteri, Anwar Ibrahim atau Kerajaan PH-BN adalah haram, tidak berperlembagaan dan akan membawa kepada pemerintahan diktator. Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin berkata, tindakan itu ancaman paling berbahaya terhadap demokrasi Malaysia sejak kebelakangan ini, dan semua ahli Parlimen akan membuat pendirian yang berani terhadap despotisme baru ini. Menurut beliau klausa 4 perjanjian itu menyatakan semua ahli Parlimen (kerajaan) wajib menyokong Perdana Menteri dalam mana-mana usul kepercayaan atau rang undang-undang bekalan atau mana-mana usul berkaitan…

Read More

Kes keseluruhan Covid-19 kini 5,016,023

PUTRAJAYA 17 Dis. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 semalam, Jumaat turun sedikit kepada 1,138 kes termasuk dua kes import berbanding 1,161 yang dilaporkan pada hari sebelumnya. Bagaimanapun menurut portal KKMNOW,  kes kematian kembali meningkat kepada lapan berbanding tiga kes yang dilaporkan pada Khamis. Dengan perkembangan jumlah keseluruhan kes kini mencecah 5,016,023 iaitu 4,977,536 kes tempatan dan 38,487 kes import. Jumlah kematian pula meningkat kepada 36,795 termasuk 7,841 kes kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Semalam tiga kes BID dilaporkan. Sementara itu, 16,521 kes aktif direkodkan pada…

Read More