Kanak-kanak perempuan korban ke-24

BATANG KALI 17 Dis. – Mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemui di lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini, pukul 4.05 petang tadi.

Berikutan penemuan korban ke-24 itu, kini sembilan lagi mangsa masih hilang serta sedang dikesan pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Terdahulu, mayat mangsa ke-22 dan 23 ditemui di kawasan Sektor A (Hillview) pada jam 1.05 tengah hari tadi, masing-masing membabitkan seorang wanita berusia lingkungan 30-an dan kanak-kanak dalam lingkungan umur tujuh hingga 10 tahun dipercayai anak wanita itu.

Sejumlah 94 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan tersebut terlibat dengan kejadian runtuhan yang berlaku.

Sebanyak 54  orang dalam keadaan selamat, tujuh cedera manakala 24 orang meninggal dunia iaitu lima kanak-kanak (lelaki), dua kanak-kanak (perempuan), 13 wanita dewasa dan empat dewasa lelaki.

(Foto JBPM Selangor)

Related posts

Leave a Comment