Perjanjian wakili GRS tidak sah

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Perjanjian persefahaman gabungan parti-parti politik menyokong Kerajaan Pusat pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang ditandatangani Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor disifatkan tidak sah.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Ronald Kiandee berkata, tindakan Hajiji tidak mewakili aspirasi parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melalui GRS.

Katanya, Bersatu Sabah adalah parti pengasas GRS dan menurut Fasal 6.1 (ii) Perlembagaan GRS, Bersatu merupakan ahli yang sah badan gabungan itu.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Bersatu Sabah sebagai ahli badan gabungan GRS tidak pernah terlibat dalam sebarang perbincangan yang memutuskan supaya GRS mengikuti perjanjian persefahaman dengan gabungan-gabungan parti lain untuk membentuk kerajaan Persekutuan diketuai PH,” katanya dalam kenyataan.

Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran menegaskan, Hajiji yang dilantik sebagai Pengerusi GRS atas kapasiti beliau sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah sebelum ini, tidak lagi mempunyai keabsahan untuk kekal sebagai pengerusi gabungan itu kerana tindakan beliau keluar Bersatu.

Oleh itu katanya, keahlian beliau dalam GRS kini hanyalah sebagai ahli individu dan kedudukannya sebagai Pengerusi GRS hendaklah diputuskan semula oleh Majlis Tertinggi GRS.

Oleh itu katanya, keahlian beliau dalam GRS kini hanyalah sebagai ahli individu dan kedudukannya sebagai Pengerusi GRS hendaklah diputuskan semula oleh Majlis Tertinggi GRS.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, semua bekas ahli Bersatu termasuk beliau akan menubuhkan sebuah parti tempatan baharu tetapi buat masa ini akan menjadi ahli GRS.

Related posts

Leave a Comment