Jangan politikkan perjanjian permuafakatan

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa perjanjian permuafakatan antara parti politik dan gabungan yang ditandatangani semalam tidak dipolitikkan.

Beliau berkata, perjanjian itu dapat memastikan tiada lagi ‘Scheme of Thing’ untuk jual beli Ahli Parlimen hingga kerajaan bertukar ganti berkali-kali.

Katanya, perjanjian permuafakatan antara parti adalah untuk memastikan setiap pihak dalam kerajaan sentiasa menghormati dasar dan orientasi setiap parti yang bergabung.

“Dan perjanjian itu tidak sesekali menyentuh hal-hal sensitif yang merosakkan keharmonian persepakatan,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Asyraf Wajdi menjelaskan perjanjian permuafakatan antara parti itu juga untuk memastikan tumpuan diberikan sepenuhnya bagi memacu kembali ekonomi dan mensejahterakan rakyat. memastikan negara stabil bagi tempoh lima tahun akan datang.

“Justeru, cukup-cukuplah berpolitik dan berpolemik. Fokus ke hadapan untuk sama-sama majukan negara dan menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda rakyat. Lima tahun lagi kembali bertarung di medan Pilihan Raya Umum,” katanya

Asyraf Wajdi berkata, pada masa sama, perjanjian itu dapat memastikan tiada lagi ‘Scheme of Thing’ untuk jual beli Ahli Parlimen hingga kerajaan bertukar ganti berkali-kali.

Katanya, perjanjian permuafakatan antara parti adalah untuk memastikan setiap pihak dalam kerajaan sentiasa menghormati dasar dan orientasi setiap parti yang bergabung.

“Dan perjanjian itu tidak sesekali menyentuh hal-hal sensitif yang merosakkan keharmonian persepakatan,” katanya.

Asyraf Wajdi menjelaskan perjanjian permuafakatan antara parti itu juga untuk memastikan tumpuan diberikan sepenuhnya bagi memacu kembali ekonomi dan mensejahterakan rakyat.

Related posts

Leave a Comment