Anwar bertukar pandangan dengan Ismail Sabri

PUTRAJAYA 6 Dis. –  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya. Anwar berkata beliau menghargai kesudian bekas Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO itu untuk bertemu dan bertukar pandangan dengannya berkaitan pelbagai isu semasa. “Saya juga nyatakan penghargaan kepada beliau atas dukungan dan sokongan yang diberikan,” katanya menerusi Facebook beliau malam ini Anwar turut memuat naik sekeping foto yang diambil semasa pertemuan kedua-dua pemimpin.

Read More

132,955 pengundi Padang Serai

PUTRAJAYA 6 Dis. – Seramai 132,955 orang bakal mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Padang Serai esok membabitkan 2,468 petugas.dan 28,108 pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman dengan 506 petugas. Bagi Padang Serai, sebanyak 46 pusat mengundi, dengan 230 tempat mengundi akan dibuka untuk tujuan pengundian dan DUN Tioman pula, melibatkan 17 pusat mengundi, dengan 52 tempat mengundi. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak, dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya sudah menjalankan semakan peralatan mengundi seperti peti undi, dakwat pilihan raya, kertas undi dan petak undi untuk…

Read More

Sultan Selangor terima menghadap Anwar

SHAH ALAM 6 Dis. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini, berkenan menerima menghadap Perdana Menteri  Anwar Ibrahim di Istana Bukit Kayangan, di sini. Facebook rasmi Selangor Royal Office, malam ini menyiarkan beberapa keping gambar pertemuan Sultan Selangor dengan Perdana Menteri Malaysia Ke-10 itu. Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu.

Read More

Padang Serai, Tioman ujian awal muafakat politik baharu

KETIKA melapor diri sebagai Menteri Pertahanan selepas Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan pada Mei 2018, Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengakui berasa gementar ketika melangkah masuk ke Kementerian Pertahanan. “Saya selalu hidup dengan rakyat, kini perlu terlalu ikut protokol, benda baharu. Saya kena membiasakan diri dengan kehidupan baharu ini tetapi tidak mahu ubah gaya Mat Sabu,” katanya mengulas kedudukannya sebagai Menteri Pertahanan. Lima hari lalu, Mat Sabu gemuruh lagi. Kali ini bukan kerana dilantik sebagai Menteri  Pertanian dan Keterjaminan Makanan tetapi diminta oleh pimpinan PH berucap di pentas ceramah menyokong calon…

Read More

Tiada pengumuman harga telur ayam rendah

PUTRAJAYA 6 Dis. – Tiada sebarang pengumuman mengenai harga telur ayam lebih rendah sebaliknya kerajaan akan mengimport bekalan telur daripada beberapa negara sumber yang sudah dikenal pasti dengan segera. Langkah itu adalah bagi menampung keperluan pasaran tempatan di mana penggunaan purata telur ayam adalah sebanyak 968 juta sebiji sebulan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, selain langkah jangka pendek itu, kementerian akan memastikan telur ayam yang diterima itu selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan. “Inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar, bukan untuk menekan pengusaha industri…

Read More

183 anggota Parlimen hadir taklimat

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Menjelang Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 selama dua hari bermula 19 Disember ini, seramai 183 Ahli Dewan Rakyat Majlis Parlimen ke-15 diberi taklimat persidangan Dewan Rakyat hari ini. Taklimat disampaikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun dan Ketua Pentadbir Parlimen, Nor Yahati Awang, hari ini. Bahagian Komunikasi Parlimen Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, semua ahli turut diberi penerangan berkaitan Prosedur dan Perjalanan Dewan Rakyat oleh Setiausaha Dewan Rakyat Dr Nizam Mydin Bacha Mydin. Turut hadir pada taklimat yang diadakan di Dewan…

Read More

Kerjasama erat kunci kejayaan kerjasama

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Kerjasama erat serta hubungan dua hala kukuh Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menjadi kunci di sebalik kejayaan kerjasama antara Petronas dan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) untuk meneroka serta menilai Unconventional Onshore Block 1 di Abu Dhabi. Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata ia diperkukuhkan lagi hubungan erat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Presiden UAE, Mohammed bin Zayed Al Nahyan, sekali gus melancarkan usaha ke arah memastikan projek berkenaan kenyataan. “Alhamdulillah kerjasama ini telah dimuktamadkan. Menjunjung kasih…

Read More

“Bukan pergi tengok Piala Dunia”

PUTRAJAYA 6 Dis. – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan ketidakhadiran beliau pada mesyuarat Jemaah Menteri semalam adalah disebabkan berada di Abu Dhabi atas urusan rasmi. “Ada yang kata saya di Qatar tengok World Cup, tapi sebenarnya saya di Abu Dhabi dan Dubai, UAE atas urusan kerja rasmi,” katanya melalui laman Facebooknya bagi menjawab dakwaan kononnya beliau pergi menonton Piala Dunia di Qatar. Beliau menjelaskan mana-mana menteri yang tidak dapat hadir ke mesyuarat Jemaah Menteri perlu mendapat kebenaran Perdana Menteri terlebih dulu. “Baru saja angkat…

Read More

Tiada kaitan roboh empayar Syed Mokhtar

PUTRAJAYA 6 Dis. –  Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang mengaitkan arahan kepada Bernas menyalurkan peruntukan kepada pesawah sebagai usaha merobohkan empayar perniagaan Syed Mokhtar Al-Bukhary. Sebaliknya, Perdana Menteri berkata ia dilakukan untuk kepentingan rakyat dan pesawah miskin termasuk di Kedah. Katanya, Syed Mokhtar sendiri bersetuju dengan arahan Kerajaan Persekutuan untuk syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menyalurkan peruntukan RM10 juta kepada pesawah miskin bulan ini dan RM50 juta tahun hadapan. Beliau berkata, langkah yang diambilnya itu serta Kementerian Kewangan adalah untuk mencari jalan penyelesaian dan mengingatkan semua pihak untuk…

Read More

Kejayaan membanggakan negara

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, kejayaan kerjasama sulung antara syarikat pengeluar minyak dan gas Malaysia dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) amat membanggakan negara. Baginda bertitah, kerjasama Petronas Abu Dhabi Sdn Bhd dan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) itu secara langsung mengiktiraf dan sekali lagi membuktikan keupayaan syarikat Malaysia bersaing pada peringkat global. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara , Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata baginda bertitah kejayaan kerjasama itu juga secara langsung mencerminkan hubungan dua hala yang rapat antara Malaysia…

Read More