Anwar bertukar pandangan dengan Ismail Sabri

PUTRAJAYA 6 Dis. –  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya.

Anwar berkata beliau menghargai kesudian bekas Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO itu untuk bertemu dan bertukar pandangan dengannya berkaitan pelbagai isu semasa.

“Saya juga nyatakan penghargaan kepada beliau atas dukungan dan sokongan yang diberikan,” katanya menerusi Facebook beliau malam ini

Anwar turut memuat naik sekeping foto yang diambil semasa pertemuan kedua-dua pemimpin.

Related posts

Leave a Comment