132,955 pengundi Padang Serai

PUTRAJAYA 6 Dis. – Seramai 132,955 orang bakal mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Padang Serai esok membabitkan 2,468 petugas.dan 28,108 pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman dengan 506 petugas.

Bagi Padang Serai, sebanyak 46 pusat mengundi, dengan 230 tempat mengundi akan dibuka untuk tujuan pengundian dan DUN Tioman pula, melibatkan 17 pusat mengundi, dengan 52 tempat mengundi.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak, dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya sudah menjalankan semakan peralatan mengundi seperti peti undi, dakwat pilihan raya, kertas undi dan petak undi untuk kegunaan bagi proses pengundian di kedua-dua lokasi terbabit.

Semakan itu bertujuan memastikan semua peralatan atau kelengkapan bagi pengundian, lengkap dan berkeadaan baik serta diagihkan kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM) bagi setiap saluran mengundi.

Beliau juga menasihatkan supaya pengundi keluar mengundi mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti yang tertera pada aplikasi MySPR Semak dan tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir.

Jika pengundi tidak dapat hadir pada masa keluar mengundi yang digalakkan atas sebab-sebab tertentu, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari pukul 8 pagi hingga 6 petang atau waktu yang diwartakan.

Sementara itu majikan diingatkan supaya membenarkan pekerja mereka yang berdaftar sebagai pemilih untuk keluar mengundi, seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
.
Indera Ikmalrudin berkata, Pengundi yang positif Covid-19 -19 disarankan berhubung terus dengan Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) bagi mendapatkan maklumat lanjut bagi memudahkan urusan pengundian esok.

SPR juga mengingatkan pengundi, calon dan petugas yang ingin memasuki pusat mengundi  tidak memakai baju atau membawa bahan yang mempunyai simbol, slogan, gambar parti atau calon yang bertanding.

Related posts

Leave a Comment