KUALA LUMPUR 5 Dis. – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang dijadualkan berlangsung pada hujung Disember ini ditangguhkan sehingga awal tahun depan. Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, berkata PAU 2022 yang mulanya dijadualkan pada 21 hingga 24 Disember ini, ditangguhkan kerana tarikh berkenaan bertembung dengan cuti persekolahan. Sehubungan penangguhan itu, beliau memaklumkan pihaknya akan menghantar notis rasmi dalam masa terdekat berhubung tarikh baharu PAU 2022, iaitu pada 11 hingga 14 Januari tahun depan. “Oleh kerana 21 hingga 24 Disember 2022 adalah waktu cuti sekolah dan ramai perwakilan yang ingin bercuti…
Read MoreDay: December 5, 2022
STAR tidak lagi sehaluan dengan PN
KOTA KINABALU 5 Dis. – Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengambil keputusan meninggalkan Perikatan Nasional (PN) yang disertai parti itu, sejak awal 2020, kata Presidennya, Dr Jeffrey Kitingan. Ia berikutan pengumuman Jeffrey sebelum ini yang menyatakan sokongan terhadap pembentukan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, tindakan keluar daripada gabungan itu adalah pilihan yang wajar disebabkan STAR tidak lagi sehaluan dengan PN. “Ya, tunggu sajalah pengumuman. Sebab kalau kau (kamu) pergi sini, saya pergi sana, bererti kita tidak sehaluan,” katanya ketika ditemui…
Read MoreMenteri rasai ketidakselesaan pengguna LRT
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang memulakan tugasnya hari ini merasai sendiri pengalaman warga kota yang saban hari menggunakan pengangkutan awam LRT terutama pada waktu puncak. Loke mengakui dalam tinjauannya selama dua jam, beliau mendapati keadaan dalam tren cukup sesak serta memahami kesulitan yang dihadapi oleh penumpang LRT. “Petang tadi, saya meluangkan masa dua jam untuk meninjau keadaan sebenar perkhidmatan LRT KJ line semasa peak-hour di antara pukul 5-7 petang. Keadaan cukup sesak dan sudah tentu tidak selesa kepada penumpang,” katanya. Dalam catatan Facebooknya, beliau tidak memaklumkan…
Read MoreAsas utama dasar luar kekal
PUTRAJAYA 5 Dis. – Menteri Luar Senator Dr. Zambry Abdul Kadir.berkata, asas-asas utama dasar luar Malaysia seperti dasar berkecuali dan kerjasama dengan negara-negara lain akan terus dikekalkan. Beliau yang memulakan tugas rasminya di Wisma Putra hari ini berkata aspek-aspek lain yang berkaitan dasar luar memerlukan penjelasan dan penelitian mendalam daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri. Dr. Zambry berkata beberapa aspek akan menjadi keutamaan termasuk hubungan dengan negara-negara tertentu yang memerlukan tinjauan semula. “Daripada segi fokus sama ada perlu diberikan kepada negara A atau negara B. Yang ini kita…
Read MoreDraf akhir perjanjian gabungan parti kerajaan
PUTRAJAYA 5 Dis. – Draf akhir perjanjian gabungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan akan siap tidak lama lagi, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Dr Zambry Abd Kadir. Beliau berkata, beberapa perbincangan diadakan berkaitan perjanjian itu dan ia akan ditandatangani semua parti terbabit tidak lama lagi. “Adalah amat penting perjanjian gabungan ini untuk semua parti politik bersama sebagai satu pasukan, ia amat penting. Kita perlu menjaga setiap rakan dalam kerajaan gabungan ini,” katanya dalam sidang media hari ini. Terdahulu, Zambry yang juga Menteri Luar meluangkan masa lebih satu jam bersama…
Read MoreTok Mat komited jayakan KPP
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Mohamad Hasan komited untuk memastikan Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang diluluskan Parlimen dapat dijayakan secepat mungkin. Mohamad berkata, pelan strategik dengan tujuh teras untuk kementerian itu dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini sudah dan sedang dalam proses pelaksanaan. “Ia (pelaksanaan KPP) mempunyai jawatankuasa yang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (Datuk Seri Muez Abd Aziz), Panglima Angkatan Tentera (Tan Sri Affendi Buang) dan Panglima perkhidmatan. Saya nampak ia dilakukan dengan terbaik dan akan menjadi sebagai teras kepada pelan pembangunan ATM,” katanya pada sidang media pertamanya selepas melapor…
Read MoreTelur ayam lebih murah diumum esok
PUTRAJAYA 5 Dis. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, harga telur ayam yang lebih murah akan diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu esok. Anwar berkata, pengumuman itu bakal mengurangkan kebergantungan bekalan telur kepada kartel. “Saya telah berbincang dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu serta mengarahkan beberapa langkah diambil terhadap isu bekalan telur yang dihadapi negara,” katanya pada sidang media hari ini. Beliau berkata, perincian mengenainya akan diumumkan esok dan berharap harga telur lebih murah. Sementara itu, Mohamad berkata, isu bekalan barangan keperluan, terutama telur dan…
Read MoreMenteri potong gaji 20 peratus sebulan
PUTRAJAYA: Jemaah Menteri bersetuju memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan, sehingga keadaan ekonomi negara pulih, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Perdana Menteri , perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat khas Kabinet di sini hari ini. “Jemaah menteri bersetuju atas keprihatian kepada rakyat untuk memotong gaji setiap bulan sebanyak 20 peratus. Pemotongan ini sehingga ekonomi negara pulih…kalau tiga tahun..tiga tahunlah, itu contoh,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Bangunan Perdana Putra, hari ini, Anwar turut mengesahkan bahawa beliau tidak mengambil gaji sebagai Menteri…
Read MoreTiada masalah pertikai lantikan Zahid – PM
PUTRAJAYA 5 Dis. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tidak mempunyai masalah untuk mana-mana pihak mempertikaikan pelantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana tindakan itu adalah hak peribadi masing-masing. Bagaimanapun Anwar menjelaskan mengapa beliau melantik Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu sebagai timbalannya dalam Kabinet biarpun Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sedang menjalani perbicaraan kes di mahkamah. Katanya, pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan beberapa faktor, termasuk kapasiti sebagai Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN. “Dalam keadaan Kerajaan Perpaduan ini, saya perlu mengambil kira semua faktor ini (Ahmad Zahid Presiden UMNO dan…
Read MoreTPM fokus banjir, selesai isu MA63
PUTRAJAYA 5 Dis. – Dua isu iaitu bencana banjir dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dipertanggungjawabkan kepada Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata Ahmad Zahid akan mempengerusikan pengurusan bencana dan langkah segera untuk menghadapi banjir, memantau serta membuat persiapan manakala Fadillah diberikan tugas memastikan semua terma atau perkara yang masih tersangkut dalam MA63 diselesaikan segera. Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini, Perdana Menteri berkata, kebanyakan terma MA63 sudah dapat diselesaikan. Bagaimanapun terdapat…
Read More