Menteri rasai ketidakselesaan pengguna LRT

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang memulakan tugasnya hari ini merasai sendiri pengalaman warga kota yang saban hari menggunakan pengangkutan awam LRT terutama pada waktu puncak.

Loke mengakui dalam tinjauannya selama dua jam, beliau mendapati keadaan dalam tren cukup sesak serta memahami kesulitan yang dihadapi oleh penumpang LRT.

“Petang tadi, saya meluangkan masa dua jam untuk meninjau keadaan sebenar perkhidmatan LRT KJ line  semasa peak-hour di antara pukul 5-7 petang. Keadaan cukup sesak dan sudah tentu tidak selesa kepada penumpang,” katanya.

Dalam catatan Facebooknya, beliau tidak memaklumkan kepada pihak pengurusan Prasarana dan media kerana mahu mengalami sendiri situasi sebenar seperti yang dilalui para penumpang biasa setiap hari.

“Saya akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana dalam minggu ini untuk membincangkan halatuju dan untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam kita,” katanya.

Melalui beberapa foto yang disiarkan, Loke juga melihat sendiri suasana di stesen termasuk masalah eskalator yang tidak berfungsi.

Related posts

Leave a Comment