KUALA LUMPUR 24 Nov. – Selepas lima hari Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10 berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini, pada pukul 5.06 petang. Turut berangkat ke istiadat berkenaan adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Anwar, 75,…
Read MoreMonth: November 2022
Anwar Ibrahim PM ke-10
KUALA LUMPUR 24 Nov. – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Keputusan itu dibuat selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, pagi ini. “Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. “Ia selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan…
Read MoreRaja-Raja Melayu bincang kerajaan baharu
KUALA LUMPUR 24 Nov. – Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu, bagi membincangkan kemelut politik tanah air, berlangsung pagi ini dengan kehadiran lapan Raja Melayu dan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Menurut sumber, perbincangan khas itu berlangsung kira-kira sejam mulai pukul 11 pagi, sejurus ketibaan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, tiba di Istana Negara di sini, pada pukul 10.58 pagi. Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu ini bagaimanapun tidak dihadiri Sultan Kelantan, Sultan Mohammad V manakala Perlis diwakili Raja Muda, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, dan…
Read MoreLima penjuru di DUN Tioman
ROMPIN 24 Nov. – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Pejuang dan seorang Bebas. Calon wanita tunggal Nor Idayu Hashim yang mewakili PN dicabar oleh calon BN Mohd Johari Hussain yang juga penyandang kerusi itu, selain Osman A Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan Sulaiman Bakar (Bebas). Pegawai Pengurus pilihan raya Datuk Ahmad Nasim Mohd Sidek mengumumkan senarai calon yang bertanding pada 10.50 pagi, selepas proses penamaan…
Read MoreEnam penjuru di Parlimen Padang Serai
KULIM 24 Nov. – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru selepas penamaan calon ditutup pukul 10 pagi ini. Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Abdul Bari Abdullah, mengumumkan enam calon terbabit adalah Azman Nasrudin (PN), Sivarraajh Chandran (BN); Hamzah Abdul Rahman (Pejuang); Dr Mohamed Sofee Razak (PH), Sreanandha Rao (Bebas) dan Mohd Bakri Hashim (Warisan). Pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan susulan kematian calon yang telah disahkan bertanding sebelum ini iaitu M Karupaiya (PH) pada…
Read MoreUMNO sertai Kerajaan Perpaduan
KUALA LUMPUR 24 Nov. – Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi memutuskan menyokong dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan sebuah Kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk. Pada masa yang sama MKT juga memperkukuhkan sokongan terhadap Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk terus kekal sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan sebulat suara menyokong beliau sebagai Presiden UMNO. Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan dalam kenyataannya berkata, MKT mengambil maklum dan memperhalusi segala butiran kedua-dua perbincangan yang dijalankan oleh…
Read MoreMedia Hari Ini Khamis 24.11.2022
PM10 : MCA, MIC dakwa Zahid langgar ketetapan BN
KUALA LUMPUR 23 Nov. -: Dua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) mendakwa Ahmad Zahid Hamidi melanggar ketetapan Dewan Tertinggi BN, dan mempersembahkan maklumat salah kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan Perdana Menteri ke-10. Dalam kenyataan kepada media, Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon dan Presiden MIC SA Vigneswaran merujuk surat didakwa dihantar Pengerusi BN itu kepada Istana Negara, menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Mereka mendakwa tindakan Ahmad Zahid tidak bersandarkan kepada ketetapan Dewan Tertinggi BN. Chong berkata, surat daripada Presiden UMNO itu…
Read MoreRaja-raja Melayu bincang kemelut PM10
KUALA LUMPUR 23 Nov. – Satu perbincangan khas Raja-Raja Melayu akan diadakan di Istana Negara esok sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merungkai kemelut pembentukan kerajaan. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadli Shamsuddin, berkata perbincangan itu bagi membolehkan Al-Sultan Abdullah mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu dalam membuat keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10. Katanya, perbincangan dengan Raja-Raja Melayu itu diadakan selepas Yang di-Pertuan Agong menerima menghadap wakil pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pagi tadi. Proses selanjutnya susulan daripada sesi menghadap…
Read MoreDari Seri Pacific ke St.Regis
KUALA LUMPUR 23 Nov. – Selepas Seri Pacific yang menjadi lokasi pertemuan pemimpin BN-PH, kini Hotel St. Regis pula menjadi tumpuan apabila pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bertemu di situ. Difahamkan pertemuan itu dipercayai ada kaitan dengan kemelut politik negara bagi membentuk kerajaan baharu yang masih terhalang sejak pasca PRU15. Pertemuan, di sini itu bermula petang ini dipercayai bagi membincangkan kerjasama bagi membentuk kerajaan Persekutuan sekali gus memilih Perdana Menteri ke-10 setelah PH dan PN gagal memperoleh majoriti mudah. Pertemuan itu dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail…
Read More