KUALA LUMPUR 23 Nov. – Di sebalik kebuntuan memilih Perdana Menteri Ke-10, kini tular sepucuk surat menggunakan kepala surat Barisan Nasional (BN) yang mendakwa BN bersetuju menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). Surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu tular di media sosial ketika pemimpin BN dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini. Keputusan menjalinkan kerjasama itu dikatakan merujuk kepada hasil mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam untuk mengadakan kerjasama dengan PH dalam pembentukan kerajaan Persekutuan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Surat yang ditandatangani Pengerusi…
Read MoreMonth: November 2022
BN disaran sertai kerajaan perpaduan
KUALA LUMPUR 23 Nov. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shahmenitahkan semua 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan, kata Pengerusinya Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pengerusi BN itu memaklumkan, beliau bersama dua pemimpin tertinggi gabungan berkenaan menerima titah demikian semasa menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, pagi ini. Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk juga menegaskan, Seri Paduka tidak menitahkan apa-apa mengenai pendirian berkecuali. “Tak ada, tak ada. Bukan itu titah tuanku. Titah Tuanku ialah bentuk kerajaan perpaduan,” kata Presiden UMNO…
Read MoreSurat letak jawatan palsu – Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR 23 Nov. – Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, surat yang disebarkan mengenai pilihan Barisan Nasional (BN) untuk bersama Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) adalah palsu. “Mohon jangan dikeruhkan lagi keadaan. Surat yang telah disebarkan seperti berikut adalah palsu dan rekaan manusia yang tidak bertanggungjawab,” katanya melalui hantaran di Facebooknya hari ini. Surat yang menggunakan kepala surat BN itu juga menyatakan peletakan jawatan Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN sebagai mengambil tanggungjawab atas kekalahan besar BN pada Pilihan Raya Umum lalu.. Berukutan ‘peletakan jawatan’…
Read MoreDr M sedih Pejuang tewas PRU15
PUTRAJAYA 23 Nov. – Pengerusi Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir Mohamad, menyatakan kesedihannya apabila partinya itu tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu. Katanya, sebagai Pengerusi Penaja parti Gerakan Tanah Air (GTA), beliau sedih dengan keputusan itu, namun tetap menerima pilihan rakyat. “Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang mengganti GTA kalah dalam PRU15. Saya sebagai Pengerusi Pejuang sedih, tetapi saya terima pilihan rakyat. “Saya harap pihak yang menang akan mendirikan kerajaan Malaysia,” katanya dalam catatan pertama selepas PRU15. Pada PRU15 Sabtu lalu, GTA yang bertanding menggunakan logo Pejuang…
Read MoreMaro : Last station
Berita pilihan…
Pemimpin BN, GPS ke Istana Negara
KUALA LUMPUR 23 Nov. – Tiga pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) dan wakil pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) hadir di Istana Negara hari ini. Mereka dilihat meninggalkan istana selepas hampir 40 minit menghadap Yang di-Pertuan Agong. Mereka ialah Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi BN, Mohammad Hasan; serta Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir. Pemimpin BN yang memasuki Istana Negara pada pukul 10.45 pagi dan meninggalkan Istana Negara pada pukul 11.25 pagi. Sementara itu, pemimpin GPS yang dilihat memasuki di Istana Negara sekitar pukul 11 pagi pula meninggalkan Istana…
Read MoreMangsa gempa bumi Indonesia meningkat
CIANJUR: Angka kematian akibat gempa bumi di pulau utama Jawa di Indonesia melonjak kepada 268 orang semalam berbanding sebelumnya , 162 orang. Menurut Ketua Agensi Penyelamat Nasional Indonesia Basarnas, Henri Alfiandi, ramai daripada mereka yang terbunuh adalah kanak-kanak yang sedang belajar di sekolah ketika kejadian berlaku. Sebahagian daripada mereka yang maut adalah pelajar di sekolah pondok, manakala yang lain terbunuh di rumah mereka apabila bumbung dan dinding runtuh. Operasi mencari menjadi lebih mencabar kerana hubungan jalan raya dan bekalan elektrik terputus sementara di sebahagian besar kawasan pergunungan di luar bandar.…
Read MoreMedia Hari Ini Rabu 23.11.2022
BN mohon tangguh sesi menghadap
KUALA LUMPUR 23 Nov. – Barisan Nasional (BN) mengemukakan permohonan bagi menangguhkan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, , Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini. Perkembangan itu dimaklumkan Timbalan Presiden MIC, M Saravanan dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon yang ditemui selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn di sini, malam tadi. Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah berkata, permohonan itu sudah dikemukakan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, selain memaklumkan belum menerima sebarang keputusan berhubung perkara…
Read More