Dari Seri Pacific ke St.Regis

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Selepas Seri Pacific yang menjadi lokasi pertemuan pemimpin BN-PH, kini Hotel St. Regis pula menjadi tumpuan apabila pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bertemu di situ.

Difahamkan pertemuan itu dipercayai ada kaitan dengan kemelut politik negara bagi membentuk kerajaan baharu yang masih terhalang sejak pasca PRU15.

Pertemuan, di sini itu bermula petang ini dipercayai bagi membincangkan kerjasama bagi membentuk kerajaan Persekutuan sekali gus memilih Perdana Menteri ke-10 setelah PH dan PN gagal memperoleh majoriti mudah.

Pertemuan itu dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Naib Presiden UMNO yang tiba pada pukul 2.57 petang.

Ditanya media mengenai mesyuarat apa yang akan dihadirinya, beliau hanya berkata, “Tak tahu lagi.”

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, kemudian tiba di hotel berkenaan pada pukul 3.04 petang diikuti Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin 3.15 petang.

Related posts

Leave a Comment