Kemuka laporan sebenar situasi semasa

KAJANG 26 Nov. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya mengemukakan laporan tepat berhubung situasi semasa negara dan mengelak memberikan gambaran tidak benar berhubung sesuatu perihal . Beliau berkata, langkah itu untuk mengelakkan rakyat menjadi mangsa bagi laporan tidak tepat diketengahkan pihak berkaitan, menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai kemungkinan yang akan menjejaskan kelangsungan kehidupan masing-masing. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengetengahkan hikayat pembesar diberikan laporan kurang tepat berhubung situasi semasa dihadapi rakyat di sebuah kawasan, berkata masyarakat di situ menjadi miskin dan papa kedana selepas diserang lanun. “Ada…

Read More

Gerakan siapkan jentera hadapi PRN

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Peningkatan jumlah undian kepada calon Parti Gerakan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu, menunjukkan slogan prihatin, bersih dan stabil yang diperjuangkan oleh Perikatan Nasional (PN) diterima rakyat. Presidennya,  Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata sebanyak 34 peratus pengundi kali pertama berbangsa Melayu memberi undi dan sokongan kepada PN. “Ia membuktikan rakyat menerima ideologi PN. Undi yang diperoleh Gerakan juga meningkat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada tahun lalu dan juga PRN Johor awal tahun ini diadakan,” katanya pada satu sidang media hari…

Read More

BN, PH bentuk kerajaan Pahang

KUANTAN 26 Nov. – Pakatan Harapan (PH) Pahang sebulat suara bersetuju untuk membentuk kerajaan Pahang bersama dengan Barisan Nasional (BN), kata Pengerusinya, Amirudin Shari. Beliau berkata keputusan itu berdasarkan kepada jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) secara keseluruhan yang dimenangi oleh BN iaitu 16 kerusi dan PH lapan kerusi, sekali gus melebihi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri. “Kita telah mencapai persetujuan sebulat suara untuk memberi sokongan secara rasmi untuk membentuk kerajaan Pahang bersama dengan BN. Kami berharap kerajaan negeri Pahang yang baharu pasca PRU15 dapat dibentuk demi menjamin pentadbiran kerajaan…

Read More

Abang Johari kunjungi Anwar

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini menerima kunjungan  Premier Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg serta rombongan di rumahnya. Dalam catatan Facebooknya, Perdana Menteri berkata, Gabungan Parti Sarawak atau GPS pimpinan Premier Sarawak itu menjadi di antara tunggak selain Barisan Nasional, Warisan dan juga GRS yang membentuk Kerajaan Perpaduan. “InshaAllah, hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak pastinya lebih akrab dan diperkukuh dalam rencana melakar sebuah Malaysia yang lebih baik dan berketerampilan,” kata Perdana Menteri. Turut sama Presiden UMNO,…

Read More

Pas tolak bersama Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Pas tidak akan menyertai Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) dan DAP, kata Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, Pas mengambil pendirian itu selepas membuat pertimbangan dari pelbagai sudut serta meneliti pendapat umum. Takiyuddin berkata, langkah itu juga bagi menghormati kepercayaan dan mandat majoriti rakyat khususnya para pengundi yang telah memilih Pas dan Perikatan Nasional (PN)  dalam PRU-15. “Justeru Pas akan terus berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif dengan menasihati semua pihak bagi memastikan tadbir urus negara berjalan lancar…

Read More

Satu lagi penularan Covid-19 di Itali

ROM: Institut Kesihatan Negara (ISS)melaporkan Itali merekodkan satu lagi penularan wabak Covid-19 di Itali dengan kadar jangkitan meningkat melebihi 1.0. Laporan mingguan ISS mendapati kadar jangkitan virus di seluruh negara melonjak kepada 1.04 dalam tempoh dua minggu dari 2 hingga 15 November, peningkatan dramatik daripada 0.88 yang dicatatkan pada minggu sebelumnya. Menurut laporan media, jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 388 bagi setiap 100,000 penduduk untuk minggu 18-24 November, meningkat daripada 353 bagi setiap 100,000 penduduk berbanding seminggu sebelumnya. Itali tidak lagi menguatkuasakan sekatan kesihatan Covid-19 kecuali di hospital, rumah jagaan…

Read More

Kes harian Covid-19 meningkat 3,024

PUTRAJAYA 26 Nov. – Malaysia merekodkan sebanyak 3,024 kes baharu Covid-19 semalam, Jumaat menunjukkan peningkatan berbanding 2,877 yang dilaporkan pada Khamis. Menurut portal KKMNOW, tujuh daripada kes baharu semalam adalah kes import menjadikan jumlah keseluruhan 4,942,933 dengan 38,441 kes import. Sebanyak 26,903 kes aktif dilaporkan di mana 92 peratus atau 24,752 kes merupakan individu yang dikuarantin di rumah, manakala 10 lagi berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). Data tersebut turut menyatakan bahawa sebanyak 2,049 kes Covid-19 menerima rawatan di hospital termasuk 92 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi…

Read More