Satu lagi penularan Covid-19 di Itali

ROM: Institut Kesihatan Negara (ISS)melaporkan Itali merekodkan satu lagi penularan wabak Covid-19 di Itali dengan kadar jangkitan meningkat melebihi 1.0.

Laporan mingguan ISS mendapati kadar jangkitan virus di seluruh negara melonjak kepada 1.04 dalam tempoh dua minggu dari 2 hingga 15 November, peningkatan dramatik daripada 0.88 yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.

Menurut laporan media, jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 388 bagi setiap 100,000 penduduk untuk minggu 18-24 November, meningkat daripada 353 bagi setiap 100,000 penduduk berbanding seminggu sebelumnya.

Itali tidak lagi menguatkuasakan sekatan kesihatan Covid-19 kecuali di hospital, rumah jagaan dan di beberapa kawasan tertentu.

Pihak berkuasa kesihatan masih memberikan vaksin Covid-19 untuk dos penggalak kedua kepada penduduk yang layak

Sementara itu awal minggu ini, sebuah entiti pemantauan sektor kesihatan Yayasan Gimbe melaporkan berlaku peningkatan dalam jumlah keseluruhan kemasukan ke hospital dan ke unit rawatan rapi.

Yayasan itu juga memberi amaran mengenai peningkatan semula jangkitan ketika cuaca sejuk.

Related posts

Leave a Comment